untitled-design-53
Bahasa

10 Jenis Pelajar Universiti Unik di Malaysia

Yang dah masuk universiti ni mesti kenal jenis-jenis pelajar yang “unik” dalam kelas. Ada banyak jenis pelajar yang unik tau! Mungkin ada kawan-kawan anda yang unik ataupun anda sendiri yang unik? Ke ada yang kata pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) je yang unik? Ke pelajar Universiti Malaya (UM) yang unik dan special? Semua uni pun ada pelajar unik macam ni tau!

1. Selalu lewat

Ada tak classmate anda yang selalu lewat? Datang kelas tapi mesti lewat. Satu sem tu mungkin sekali je dia tak lewat! Lecturer pun mesti dah kenal kan muka dia dan cop dia sebagai budak yang selalu lewat? Saya dulu ada dua tiga classmate yang macam, lewat dia tu sangat lewat. Lagi 15 minit kelas nak habis, dia ketuk pintu dan bagi salam lepas tu kata “Sorry Miss, lambat bangun.” Kelas pukul 2 pun ada je yang kata lewat bangun! Ada tak classmate yang macam ni? Ke roommate? Kerja kita ni bangun kan dia untuk kelas?

2. Kerja dia tidur je

Ada tak classmate yang kerja dia masuk kelas lepas tu tidur? Satu kelas tu dia tidur je, lepas tu masuk kelas lain pun tidur je. Ada tak? Ke ada yang lebih teruk sebab satu semester tu untuk kelas tu dia mesti tidur je kerja, sampai lecturer pun dah malas nak tegur. Hahaha fikir balik, saya pun ada classmate macam ni. Asal kelas pagi je dia akan masuk awal, duduk di meja dekat dinding lepas tu ha dia tidur la kat sana.. Pernah sekali dia tidur dalam kelas kitorang tinggalkan dia je, ni lecturer yang suruh tau. Kawan-kawan dia pulak duduk kat dalam lepas tu record dia terbangun tengok kelas dah kosong. Kitorang kat luar gelak je bila dia keluar dengan muka mengantuk lepas tu marah kitorang.

3. Kawan dengan semua orang

Yang ni mesti ada kan? Ada seorang tu kalau keluar kelas je mesti ramai yang akan tegur, dari kelas lain la, fakulti lain la, semester lain la. Lepas tu dalam kelas dia kawan dengan semua orang dan kecoh je nak tau semua ceritakan? Yang unik macam ni selalunya mulut dia kecoh dan budak popular kan? Kalau tak kecoh pun dia tu agak pelik kan? Hahaha gurau je!

4. Banyak soalan

Siapa yang takde classmate macam ni bertuah wei!!! Ni jenis yang suka tanya soalan sampai lecturer explain panjang lebar lepas tu masih tak faham tanya lagi…. Kelas 2 jam boleh jadi 3 jam sebab soalan dia. Lepas tu bukan setakat tanya soalan kalau tak faham je nanti tiba-tiba dia akan tanya “Madam bukan ada bagi kerja kan last week?” Memang satu kelas akan sakit hati dengan dia la.

5. Suka jaga hati lecturer

Siapa ada classmate macam ni?? Saya ada…. Mula-mula tu macam oh okay tapi dah berapa sem dengan dia dah mula dah rasa hmmm tak perlu kot over sangat sebab kadang-kadang bila lecturer tanya something je dia akan cuba sangat-sangat untuk jawab apa yang lecturer nak sebab nak jaga hati. Kalau buat assignment pun mesti kena consult lecturer untuk tau apa lecturer tu nak dan suka lepas tu mesti buat ikut apa lecturer tu suka!

6. Pintar tapi malas

Kalau dapat classmate macam ni agak sakit hati la sebab dia macam kisah tak kisah tapi result masih gempak. Ni jenis yang amat unik, buat kerja last minute tapi nanti bila dapat result untuk assignment fulamak, markah tip top macam dia buat kerja dari awal sem. Kalau lecturer tanya apa-apa pun dia boleh bagi jawapan gempak walaupun dia tak fokus. Jealous tau dengan pelajar macam ni!

7. Pintar dan rajin

Ni classmate yang popular untuk assignment kan? Tapi untuk assignment je la kan? Hahaha tipu! Ada tak kawan anda yang macam ni? Dah lah pintar lepas tu sangat rajin! Mesti stress kalau ada roommate macam ni sebab tengok dia je akan ingat result yang setakat apa je kalau nak dibandingkan dengan dia kan? Mesti nak study dan jadi pandai macam dia tapi tu lah, belajar waktu final je. Kalau nak jadi rajin jom dengar playlist ni!

8. Pemilih group member

Selalunya setiap kelas akan berpuak-puak, lepas tu bila nak buat assignment selalu stay dengan member je. Bila lecturer kata dia yang pilih group member, mula lah ada yang bising kata tak nak, nak pilih sendiri. Kalau bukan nak sama group dengan member mesti sebab ada yang nak pilih group member yang pandai-pandai je supaya dapat markah bagus kan? Saya dah kena dah beberapa kali. Lepas satu sem dah kenal perangai, pandai-pandai lah pilih member mana yang korang nak dalam group.

9. Berani mati

Kalau ada classmate macam ni, kelas korang mesti best sebab orang macam ni berani buat apa-apa je. Korang suruh lah dia rap waktu presentation ke, menari ke, menyanyi ke, ke suruh dia pegi kelas lain ketuk pintu kelas tu. Ada tak yang berani? Kalau memang berani, korang lah ni antara yang unik dan berani mati! Sebab kitorang pernah cuba sekali ketuk pintu kelas lain tu, lecturer tu kejar kitorang dan kitorang kena marah ahahaha.

10. Datang tangan kosong

Ada tak member yang gi kelas dengan tangan kosong? Yang perempuan pegi kelas dengan handbag kecil je lepas tu yang lelaki setakat bawa dompet je. Nanti nak guna pen pun mesti pinjam kawan kan? Apa lagi bila lecturer suruh salin nota, mesti ramai yang pusing depan belakang cari kertas dan pen kan?

Ada lagi tak jenis pelajar yang korang rasa takde kat sini? Komen kat Facebook! Nanti kitorang tambah apa yang korang komen!

Valerie
Don't touch me