fb-tn-cover-hiphop
Bahasa

10 Rappers Terbaik Di Malaysia

Jika anda adalah seorang peminat musik hip hop dan hanya tahu SonaOne, Joe Flizzow atau Altimet, jom support artis hip hop Malaysia yang lain pula kali ini. Di bawah kami telah menyenarai 10 rappers yang terbaik di Malaysia selain mereka. Senarai ini tidak mengikut populariti artis-artis, ikut suka hati kita je. Harap bersabar sementara menunggu video loading sementara tengah lepak kat bilik sorang-sorang.

1. Caprice

Klik gambar untuk ke Instagram

Caprice tidak lagi membuat lagu baru tetapi beliau sekarang adalah seorang founder kepada “Jihad In Education”, “Mengaji.com”, dan “Classrum.com”.

2. Kayda

img-3235ed
Klik gambar untuk ke Instagram

Tahukah anda bahawa Kayda merupakan anak perempuan Sheila Majid, penyanyi pop yang terkenal di Malaysia?

3. Aman Ra

13241386_559237974248829_5961586683701354395_n
Klik gambar untuk ke Instagram

Sebelum menggunakan nama Aman Ra, beliau dikenali sebagai Kraft. Dahulu, beliau merupakan salah seorang rapper yang popular. Beliau telah berehat daripada industri musik tetapi kini beliau kembali dengan imej yang baru sebagai Aman Ra.

4. Karmal

Klik gambar untuk ke Instagram

Karmal bukan sahaja seorang rapper tetapi beliau juga merupakan seorang penulis dan komposer yang telah bekerjasama dengan barisan artis yang terkenal di Malaysia.

5. Kidd Santhe

Klik untuk ke Instagram

Kidd Santhe adalah seorang artis baru yang popular. Beliau telah menghasilkan musik untuk beberapa orang artis dan beliau juga merupakan seorang penulis lagu. Sebagai seorang yang peramah, beliau aktif membuat persembahan dan bertemu dengan peminat beliau.

6. Jin Hackman

Klik gambar untuk ke Instagram
Klik gambar untuk ke Instagram

Jin Hackman telah lama berada dalam industri musik dan dia masih lagi menghasilkan musik. Beliau merupakan pengasas Raise The Bar (RTB) dan This Way Up Records. RTB adalah satu syarikat yang hanya menganjurkan konsert kecil HipHop di seluruh Malaysia. Cool tak company ni?

7. Zamaera

Klik gambar untuk ke Instagram
Klik gambar untuk ke Instagram

Zamaera bukan sahaja seorang rapper tetapi beliau juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu. Selepas keluar dari syarikat rakaman, beliau mengeluarkan lagu yang bertajuk, “Helly Kelly”.

8. Dose Two

dose-two
Klik gambar untuk ke Facebook

Dose Two adalah kombinasi dua rappers (Sayla & QBe) yang telah berkolaborasi sejak 2004 dan kini sudah secara rasmi menjadi sebuah rap duo sejak 2008.

9. Gard

Klik gambar untuk ke Instagram
Klik gambar untuk ke Instagram

Seorang artis rap terbaru dari Monster Sound Records. Hmm…not bad.

10. Airlift

Klik gambar untuk ke Instagram
Klik gambar untuk ke Instagram

Airliftz adalah seorang rapper dan penerbit yang sangat berbakat. Walaupun beliau masih baru lagi di industri ini, beliau berjaya menarik perhatian ramai orang dengan lagu terbarunya, “Gwalos”.

Artis mana yang kita kongsi tadi adalah dari senarai kita dari tahun 2017. Rappers terkini mungkin lagi mengancam…kalau rasa ada artis baru yang patut di-mention, boleh la comment di bawah.

Bella
Obsessed with deep fried chicken wings