untitled-design-44
Bahasa

5 Fakta Yang Hanya Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tahu

Siapa pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang tengah baca ni?  Ada tak? Ke ada kawan-kawan yang tengah belajar di UIA? Jika ada jangan lupa suruh kawan-kawan baca ni! Saya pun ada kawan kat UIA, kenal dari sekolah menengah. Mesti ramai student UIA yang selalu dengar stereotaip budak-budak UIA kan? Ha, kali ni bukan stereotaip tapi fakta yang memang betul mengenai student UIA! Pelajar UIA je boleh relate dengan semua ni kan?

1. Pelajar UIA ni sama je dengan uni lain

Mesti ramai pelajar UIA yang pernah dengar soalan kat UIA study apa? Agama ke? Kesian pelajar UIA tau, semua asyik kata kalau masuk UIA je huish mesti Islamik. Dorang pun manusia biasa tau, akan buat salah. Masuk UIA pun dorang study sama je dengan kita, kat UIA ni ada banyak course jugak tau!

2. Suka lepak kat Murni dan Midvalley

Ni khas untuk pelajar UIA kampus PJ, korang suka lepak kat Murni kan? Kalau bukan Murni korang pegi Midvalley? Ha, siapa yang nak cari jodoh pelajar UIA rajinkan diri pergi Murni dan Midvalley! Siapa tau acah-acah drama korea, korang jatuh cinta pada pandang pertama. Pelajar kampus Gambang pula lepak kat EC Mall dan Taman Tas kan?

3. Perempuan kawan rapat dengan lelaki

Siapa yang ingat gambar viral pelajar UIA? Mesti ada yang ingat beza pelajar UIA dengan pelajar uni lain semasa beratur di ATM kan? Ke ada yang teringat gambar 2 orang pelajar UIA perempuan yang berdiri jauh daripada pelajar lelaki semasa mengambil gambar? Sebenarnya, ramai je pelajar perempuan yang rapat dengan pelajar lelaki tapi taklah rapat sampai rapat yang lain! Ada juga pelajar yang tak rapat dengan pelajar lelaki. Semua ni terpulang kepada individu, janganlah stereotaip pelajar UIA ni!

4. Student UIA bukan expert bahasa Arab!

Ni lagi satu stereotaip pelajar UIA, masuk UIA je mesti expert bahasa Arab! Ingat tau, pelajar UIA ni pun pelajar biasa sahaja, mereka pun belajar bahasa Arab macam kita belajar subjek lain kat uni la, setakat nak pass! Lagipun kalau tak salah, mereka cuma belajar Arab semasa foundation, masuk degree dah takde dah.

5. Budak UIA pun ada life tau

Selalu ingat pelajar UIA ni asyik study je kerja kan? Kalau bukan study pun mesti buat aktiviti Islamik kan? Ni semua tipu! Pelajar UIA dalam kampus pun ada banyak aktiviti! Apa lagi kat luar? Pelajar UIA pun sama je la dengan korang semua dari uni lain, dorang pun ada life. Pegi shopping mall, tengok wayang, lepak kat mamak, buang masa bual kosong dan adalah life dorang.

Di sini kami nak ucapkan tahniah kepada pelajar UIA yang baru habis semester! Have fun cuti semester! Rindu UIA ke sebab baca artikel ni?

 

Valerie
Don't touch me