Jika anda adalah seorang pelajar UM ataupun seorang alumni UM, anda pasti tahu kelima-lima fakta yang ada dalam senarai ini. Mungkin anda merupakan salah seorang pelajar yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini. Hanya pelajar UM sebenar sahaja yang akan tahu…
1. UM merupakan universiti yang sangat “happening!”
UM sering menganjurkan pelbagai aktiviti – daripada aktiviti seperti FESENI (Festival Seni UM), SUKMUM (Sukan Mahasiswa/I UM) dan banyak lagi aktiviti yang sentiasa memeriahkan kampus UM. Para pelajar daripada kolej yang berbeza sering bersaing antara satu sama lain untuk membuktikan kolej mereka yang terbaik!
Sepanjang tahun, terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan secara besar – besaran yang menarik minat semua pelajar UM yang datang dari pelbagai agama dan bangsa. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga disediakan dan dianjurkan oleh pelajar UM sendiri!
Masih rasa belajar kat UM nanti akan menjadi bosan? Jangan risau.. Jom tengok apa yang ada kat nombor 2
2. Bukit Cinta
Seperti nama yang diberi, bukit ini sering dipenuhi dengan pasangan-pasangan yang ada di UM. Siapa agaknya yang pernah “dating” kat bukit ni?
Selain daripada pasangan yang berdating, terdapat juga para pelajar yang akan berjogging di Bukit Cinta.
Lepas jogging mesti laparkan? Jom tengok apa yang ada ni nombor 3.
3. Tempat Makan Wajib Bila Study Kat UM!
Siapa yang masih ingat Food Court Village dan Food Junction kat UM? Mesti ramai yang tahukan?
Ada juga yang kata siapa yang tak pernah makan kat Murni SS2 bukan pelajar UM, betul ke semua pelajar UM selalu makan dekat Murni SS2? Atau dekat Mapley? Ke Restoran Kim Seng, SS17?
4. UM universiti #1 di Malaysia?
Mesti selalu dengar UM ni universiti #1 kat Malaysia kan? Walaupun UM selalu mendapat tempat pertama, dengar kata ramai pelajar UM yang percaya masih terdapat banyak benda seperti kemudahan kampus yang boleh dibaiki dan dinaik taraf.
UM bukan universiti untuk “nerd” sahaja. Seperti universiti lain, UM juga mempunyai pelajar yang akan ponteng kelas dan tidur dalam kelas. Tidak lupa juga pelajar yang hanya akan membuka buku sewaktu peperiksaan! Tapi tidak dinafikan bahawa UM mempunyai ramai pelajar yang bermotivasi tinggi dan juga lecturers yang berkerja keras untuk membantu pelajar mereka serta manaikkan kedudukan UM di senarai universiti terbaik di Malaysia.
5. Pelajar UM “competitive”
Pelajar UM perlu aktif dan turut serta dalam pelbagai aktviti kolej untuk mendapatkan tempat tinggal di dalam kampus (kolej/hostel) atau mereka tidak akan mendapat tempat tinggal di dalam kampus pada semester hadapan! Rasanya motivasi ni cukup tak untuk membuat pelajar UM untuk bersaing antara satu sama lain?
Selain itu, pelajar juga perlu mendaftar kursus yang dipilih “online” setiap semester! Selalunya, sistem akan dibuka pada pukul 9 pagi. Ada yang kata pelajar UM dah duduk depan komputer masing-masing dan akan berebut untuk mendapatkan tempat untuk subjek tertentu. Pendaftaran kursus ini akan menjadi jadual para pelajar bagi satu semester. Mesti stress pelajar UM pada masa ni!