Siapa pelajar yang belajar di kawasan Cyberjaya? Ada tak yang perlu buat assignment korang kena ambil gambar ataupun video? Lepas tu serabut la nak cari tempat yang cantik untuk shooting ataupun ada yang nak pegi KL untuk shooting.. Ada tak? Ke saje nak gi dating lepas tu minta bf korang ambil gambar ootd..
Kalau tak pun, korang dah bosan duduk dalam hostel pelajar ataupun rumah sewa korang kan? Nak keluar rumah jalan-jalan cari tempat yang best untuk lepak di Cyberjaya. Ni 5 tempat yang korang boleh pergi kalau korang kat Cyberjaya! Kalau ada yang tengah plan nak duduk kat Cyberjaya, anda boleh tengok website kami untuk mencari tempat tinggal!
1. Tokio Cafe, Prima Avenue
Tak pasti jika kafe ni popular dalam kalangan warga Cyberjaya tapi ini adalah antara kafe yang saya sendiri nak pergi! Kalau dulu kafe ni selalu dikatakan agak mahal bagi makanan yang setakat okay je tapi baru-baru ni kalau baca komen kat TripAdvisor, ramai yang kata sekarang dah banyak yang berubah, menu dah berubah, harga pun dah okay. Tapi yang lagi penting makanan pun dah sedap!
Kafe ni pun cantik tau! Kalau tak salah dulu waktu Pokemon Go tengah trending, dorang ada Pokemon cut out kat depan kafe ni! Kalau korang tak percaya cuba tengok gambar-gambar lama yang ada kat Insta. Sebenarnya itu la sebab saya nak pegi kafe ni dulu.. Nak tangkap pokemon! Hahaha!
https://www.instagram.com/p/BRV0r-8j_yl/?taken-at=236129069
https://www.instagram.com/p/BOzr4KUj06a/?taken-at=236129069
2. Dash Box Hotel
Kalau ada satu perangai pelajar yang saya tak faham adalah, dorang suka overnight kat tempat yang cantik lepas tu ambil gambar banyak-banyak! Ok tipu je, saya pun suka buat benda yang sama sebenarnya tapi bukan untuk ambil gambar, saya suka pegi swimming pool!! Best tau ramai-ramai dengan member lepas tu ramai-ramai lepak kat swimming pool!
Ni cadangan untuk pelajar yang nak overnight kat Cyberjaya! Dash Box Hotel! Tempat ni ada swimming pool yang cantik lepas tu design bangunan dia pun hipster dan trendy! Boleh ambil gambar banyak-banyak! Saya cadangkan ambil bilik dash deluxe kalau korang memang ramai! Bilik deluxe adalah bilik yang kat atas tau, studio pula kat bawah. Saya faham harga memang nampak mahal tapi nanti korang kongsi la dengan kawan-kawan!
https://www.instagram.com/p/BWcbaxMF1jl/?taken-by=srh.fah
https://www.instagram.com/p/BWhSjoaATQj/?taken-at=921184697
3. Lim Kok Wing
Ada tak pelajar Lim Kok Wing kat sini?? Kalau pelajar Lim Kok Wing pasti akan ambil gambar di kawasan universiti kan? Kawasan universiti Lim Kok Wing ni banyak kawasan yang cantik kan? Kalau ada yang nak pergi kawasan Cyberjaya boleh la cuba pergi ke Lim Kok Wing, tengok kawasan universiti macamana. Bagi pelajar Lim Kok Wing pula, anda boleh cari kawasan tempat tinggal berdekatan di laman web kami!!
4. ZAWARA Coffee
Antara kafe yang anda perlu cuba bila anda di Cyberjaya! ZAWARA Coffee, tengok komen kat Foursquare semua komen kata makanan sedap dan coffee sedap. Kalau nak shooting kat kafe ni pun best juga tau! Yang ni ZAWARA Coffee kat Cyberjaya tau, bukan kat Putrajaya. Dengar review kat sana tak bagus sangat kan sampai dah tutup? So pegi yang kat Cyberjaya ni! Lepas tu boleh snap gambar acah-acah hipster sambil makan dan minum.
https://www.instagram.com/p/BT_xit2ge7Y/?taken-by=farisz89
5. Masjid Cyberjaya
Jangan lah pergi masjid hari Jumaat je… Okay gurau, bukan nak sentapkan sesiapa tapi Masjid Cyberjaya ni korang perlu la pergi sekali dalam hidup korang sebab memang cantik tau seni bina masjid ni. Pelajar MMU Cyberjaya boleh kot pergi masjid ni, tak jauh pun dari MMU kan? Ke ada yang tengah mencari tempat tinggal di kawasan ni? Cuba tengok laman web kami jika ada yang nak! Atau tengok artikel mengenai MMU di sini!
https://www.instagram.com/p/BStFJe9jwtq/?taken-by=m.arfddn
https://www.instagram.com/p/BOkNbXsA0wy/?taken-by=deyramaicel
Ada lagi tak tempat yang korang rasa wajib pergi kalau kat Cyberjaya? Share kat FB HostelHunting kalau ada!