untitled-design-43
Bahasa

8 Filem Malaysia Yang Anda Wajib Tengok!

Yang selalu tengok movie Malaysia mesti tahukan bahawa industri perfileman kita ini dipenuhi dengan filem seram dan berunsurkan cinta? Kalau tak pun mesti penuh dengan drama yang tak masuk akal kan? Kalau tanya golongan remaja pun mesti tak ramai yang tahu tentang filem-filem ni Malaysia. Di sini adalah filem-filem Malaysia yang kreatif dan wajib ditengok! Filem-filem ini juga telah membantu industri perfileman Malaysia untuk berkembang dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

1. Absent Without Leave

“Absent Without Leave” adalah filem Malaysia yang bercerita tentang sejarah Malaya yang telah hilang ditelan zaman. Kerajaan Malaysia telah melarang panggung wayang di Malaysia untuk memainkan filem ini kerana dikatakan filem ini mempunyai unsur komunis. Untuk mengetahui mengenai filem ini dengan lebih mendalam, anda boleh ke sini dan membaca sipnosis yang ada kerana filem ini tidak boleh ditonton di mana-mana pada masa ini.

2. The Journey

“The Journey” adalah filem yang fokus dengan budaya dan tradisi perkahwinan kaum Cina di Malaysia. Dalam filem ini, watak wanita utama yang telah berada di England buat jangka masa yang lama kembali ke Malaysia dengan tunangnya, seorang warga asing. Pada permulaannya ayah kepada watak wanita utama tidak setuju dengan pertunangan mereka tetapi dia akhirnya bersetuju dengan syarat semua perkahwinan perlu mengikut tradisi dan budaya tradisional. Di sinilah bermula perjalanan mereka. Baca sipnosis yang lengkap di sini.

3. Ola Bola

Ramai yang dah tengok Ola Bola kan? Ola Bola berjaya mendapat populariti dengan jalan cerita yang menarik yang diinspirasikan daripada zaman kegemilangan bola sepak di Malaysia. Terdapat beberapa kontroversi yang berkaitan dengan filem ini, antaranya jalan cerita yang berbeza daripada cerita sebenar, tidak menggunakan bahasa Malaysia maka ianya bukan filem melayu. Filem ini diarah oleh direktor yang sama dengan filem “The Journey.” Lagu tema oleh Zee Avi juga mendapat populariti dan memenangi anugerah lagu tema terbaik.

4. BoBoiBoy: The Movie

Boboiboy adalah antara filem animasi Malaysia yang popular. Boboiboy merupakan animasi Malaysia yang memang sudah popular dengan program TV yang sedia ada. Filem animasi ini adalah salah satu filem animasi yang akan membuka ruang untuk filem animasi yang lebih baik diterbitkan di Malaysia dan oleh Malaysian.

5. Polis Evo

Filem “Polis Evo” yang mendapat populariti pada tahun 2o15 ini adalah kerana pelakon utama yang berjaya membawa watak mereke dengan baik. Jalan cerita yang sering kita nampak dalam industri perfileman Malaysia tapi “Polis Evo” merupakan salah satu daripada filem aksi dan komedi yang berjaya menarik hati penonton di Malaysia.

6. Sepet

https://www.youtube.com/watch?v=dkWYCLH1vS8

Salah satu filem Yasmin Ahmad yang popular kerana hubungan antara kaum yang berbeza. Dalam filem ini, Yasmin menonjolkan cabaran yang mereka harungi untuk bersama tetapi akhirnya, mereka terpaksa berpisah kerana perkara yang tidak dapat dielakkan. Filem ini mempunyai sambungan iaitu filem Gubra dan Mukhsin.

7. Songlap

“Songlap” adalah filem yang menggambarkan kehidupan dengan melakukan kerja-kerja gelap. Dalam filem ini, watak utama akan mula tertanya mengenai moral dalam kehidupan kemudian hubungan dengan abangnya akan terjejas kerana kerja mereka. Sesiapa yang pernah menonton filem ini, akan faham bahawa filem ini mempunyai tema yang agak gelap.

8. Talentime

Senarai ini tidak lengkap tanpa filem terakhir yang ditulis dan diarah oleh Yasmin Ahmad. Ini merupakan filem yang terakhir daripada beliau sebelum beliau meninggal dunia. Filem yang berunsurkan musik dan juga perbezaan kaum yang mendapat perhatian daripada pelbagai penonton. Filem ini juga mempunyai jalan cerita yang berkait rapat dengan hubungan sesama keluarga dan juga dengan rakan-rakan berlainan bangsa.

Valerie
Don't touch me