untitled-design-5
Bahasa

Minggu Destini Siswa (MDS) Universiti Teknologi Mara (UiTM)

MDS merupakan minggu orientasi yang wajib dihadiri oleh semua pelajar semester 1. Selalunya MDS akan diadakan selama empat hari ke seminggu. Bagi yang bercadang untuk “escape” MDS ni, sebenarnya lebih baik anda pergi sebab waktu MDS ini lah anda boleh berkenalan dengan roommate/housemate anda dan kakak abang MPP dan faci yang akan membantu anda.

MDS ni memang tidak dinafikan akan menjadi minggu yang memenatkan fizikal dan mental anda kerana MDS akan dipenuhi dengan aktiviti dan ceramah untuk membantu anda semasa belajar di UiTM nanti. Anda juga akan melawat kampus dan mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar UiTM yang sah!

Pada hari pertama, kami cadangkan anda untuk datang sebelum pukul 3 sebab selalunya aktiviti MDS akan bermula pukul 3-4 petang bagi hari pertama. Pakaian yang dicadangkan semasa pendaftaran adalah formal iaitu lelaki perlu memakai kemaja berkolar dan siswi perlu memakai baju kurung.

Nak cakap sikit tentang barangan yang perlu dibawa, mesti ada yang dah baca checklist ni kan?

c_9cexjvyaaeuma

Ikut je checklist ni untuk pakaian sewaktu MDS. Siswa mesti memakai kemaja (baju berkolar dan berbutang) sepanjang MDS. Seluar mestilah slack hitam kecuali sewaktu riadah, anda perlu memakai seluar trek hitam. Siswa juga perlu membawa kasut formal, kemeja lengan panjang berwarna putih dan tali leher berwarna hitam untuk hari kemuncak MDS. Jangan lupa untuk membawa kasut sukan! Kasut sukan ni akan menjadi teman baik anda semasa di UiTM.

Bagi siswi pula, yang bertudung disarankan untuk membawa tudung hitam dan putih. Tudung berwarna hitam selalunya digunakan semasa hari kemuncak MDS dan tudung putih pula adalah untuk aktiviti koko semasa kuliah. Ada yang kata cuma bawal je yang dibenarkan sekarang tapi tak pastilah macamana. Kadang-kadang ada kampus yang akan meminta siswi untuk memakai tudung putih semasa hari perasmian juga. Selalunya pada hari-hari MDS yang lain, siswi boleh memakai tudung berwarna atau bercorak. Tips! Bawa tudung yang tak perlu digosok! Sebab waktu MDS nanti korang akan bangun dari subuh lepas tu korang cuma akan balik ke bilik pukul 10 atau lebih lewat. Bawa telekung anda ke dewan semasa MDS.

Selain itu, jangan lupa membawa baju putih (berkolar untuk yang tidak memakai tudung) berlengan panjang, baju kurung berwarna putih dan kain hitam. Kami cadangkan anda untuk  membawa baju kurung sekolah sebab anda cuma memerlukan baju kurung ini untuk hari kemuncak MDS.  Jangan lupa untuk membawa baju kurung, baju sukan, seluar trek dan kasut sukan!

Tips lagi! Bawa jaket untuk MDS, selalunya MDS akan diadakan di dalam dewan dan sejuk dia tu memang sangat sejuk. Anda tidak perlu risau mengenai makanan tengahari dan makanan malam sebab makanan akan disediakan sepanjang minggu MDS. Breakfast pun ada tau! Roti Gardenia akan menjadi teman baik anda sepanjang waktu MDS ni. Bagi yang tidak suka menggunakan tangan semasa makan, anda boleh membawa sudu dan garfu sendiri.

Pastikan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah lengkap dan ada photostat lebih untuk kecemasan. Anda juga wajib untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyerahkan keputusan anda semasa pendaftaran. Jika dokumen anda belum disahkan, tak perlu risau. Nanti akan ada lecturer yang akan membantu anda semasa pendaftaran. Sediakan juga gambar pasport sebelum MDS, kalau boleh sediakan 10 gambar pasport dan sentiasa bawa dalam dompet anda sebab akan ada borang yang memerlukan anda meletakkan gambar pasport.

Untuk barang-barang yang diperlukan di kolej, sebaiknya jangan bawa terlalu banyak dahulu. Oh ya, anda bebas untuk menggunakan cadar katil berwarna ataupun bercorak. Anda juga boleh membawa cerek dan laptop. Ada segelintir kampus yang membenarkan anda untuk membawa pengering rambut tapi untuk menggelakkan daripada disaman, tanya JPK kolej dahulu sebelum membawa apa-apa. Mesin basuh dan mesin air selalunya disediakan di level ground/kosong bagi setiap kolej. Yang nak tinggal di luar UiTM dan sedang mencari tempat tinggal boleh tengok laman web kami!

Itu je tips yang ada untuk MDS UiTM. Korang boleh follow twitter account, MPP UiTM untuk mendapatkan lebih banyak maklumat! Cari je @MPPUiTM lepas tu nama kampus anda! Jika anda ada soalan, jangan malu untuk bertanya!

Valerie
Don't touch me