untitled-design-32
Bahasa

Apa Makanan Pelajar Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Perlu Cuba di Murni?

Mana nak makan di kawasan Petaling Jaya yang best ni eh? Mesti ramai student UM dan student UIA yang selalu pergi Murni kan? Jom kitorang recommend apa yang korang perlu cuba kat Murni! Tapi tak janji sedap tau hahaha sebab sedap ni ikut mulut masing-masing dan jika nak tau sedap ke tak kena la cuba sendiri! Ni antara makanan yang popular di Murni.

1. NASI LEMAK MURNI DISCOVERY

Nasi Lemak yang memang special dekat Murni je yang ada nasi lemak macam ni, tengok gambar je pun dah terliur.

2. NAAN MOZZARELLA BECKHAM SPECIAL

Naan yang digemari ramai kerana rasa yang sedap dan juga saiz hidangan yang besar.

3. MAGGI GERMANY

Jika anda menggemari maggi yang pedas, ini la maggi untuk anda. Sedap dan pedas serta saiz hidangan yang besar!

4. MEE RAJA TOMYAM

Mesti ramai yang tau Murni terkenal dengan Mee Raja kan? Kali ni jom cuba mee raja tom yam pula. Tengok gambar ni pun dah tau mee ni sedap..

5. Roti Hawaii

Antara roti yang popular di Murni. Tak pasti la sedap ke tak tapi tak salah jika anda mencuba kan?

6. Spaghetti Meatball

Siapa yang rindu meatball IKEA tu boleh cuba meatball kat Murni ni. Dengar kata saiz meatball ni memang besar daripada sazi meatball biasa!

7. Mee Raja Lamb Chop

Yang suka mee raja tu, jom cuba mee raja dengan lamb chop pula! Dua bestseller kat Murni kita gabungkan!

8. Claypot Lou Shu Fan

Antara makanan yang anda mesti cuba jika anda di Murni. Tengok gambar pun buat lapar.. Tak sabar nak cuba kat Murni nanti.

Mesti yang tengah puasa sekarang ni lapar tengok gambar-gambar ni kan? Tunggu apa lagi, jom gi Murni untuk berbuka dan cuba makanan ini! Jangan lupa untuk mencuba mocktail di Murni juga!

 

 

Valerie
Don't touch me