untitled-design-39
Bahasa

Apps Android Yang Berguna Untuk Pelajar Universiti!

Siapa yang asyik terkepit dengan handphone dia sepanjang hari? Asyik kat FB, Instagram ataupun Twitter je kan? Tau tak ada banyak aplikasi telefon bimbit di Google Store yang sangat berguna untuk pengguna telefon bimbit? Untuk pelajar pun banyak tau! Rugi sesiapa yang tak menggunakan aplikasi ini. Siapa yang tengah membaca ni, tahniah sebab anda memilih langkah yang bijak! Jom tengok aplikasi apa yang berguna untuk anda!

Documents Reader

Apa document reader ni? Document reader ni adalah aplikasi yang membenarkan anda untuk membuka dokumen seperti Words, Powerpoint, Excel dan PDF melalui telefon bimbit anda. Mudah kan? Siapa yang mempunyai lecturer yang memang rajin membuat slides untuk anda, tak  perlu nak bazir duit untuk pegi kedai printing lepas tu nak print slides banyak-banyak. Download dan simpan dalam phone anda je. Boleh lah jimat sedikit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat assignment! Siapa yang memang takde laptop, ke laptop rosak, jangan nak bagi alasan tak boleh nak buat assignment! Oh lagi satu, siapa yang nak dapat Dean List tu, download la aplikasi ni, ramai budak-budak DL yang menggunakan aplikasi ni tau!

1. WPS Office

 

Aplikasi yang selalunya memang akan ada dalam telefon bimbit anda. Dengan aplikasi ini anda boleh membuka file doc, ppt, pdf dan txt. Ini adalah aplikasi yang termudah dan terbaik bagi pendapat saya disebabkan aplikasi ini tidak mempunyai iklan yang menggangu bacaan.

2. Docs To Go

Jika anda tidak mempunyai WPS Office, ini adalah aplikasi yang anda perlu cuba. Sama seperti WPS Office tetapi aplikasi ini tidak semudah dan sebaik WPS Office.

Urus Wang Anda

Sebagai pelajar, mesti ramai yang akan plan nak buat bajet ini itu lepas tu sedar tak sedar dah terlebih bajet kan? Ni antara aplikasi yang anda boleh guna untuk membuat bajet anda lebih teratur dan anda boleh mengetahui perbelanjaan harian anda.

1. Household Account Book

Siapa yang suka benda-benda yang comel, ni khas untuk anda! Comel nye! Mesti rajin nak buka aplikasi ni dan masukkan perbelanjaan harian jika anda mempunyai aplikasi yang comel kan?

2. Money Manager Expenses & Budget

Aplikasi yang mudah digunakan dan simple untuk kegunaan seharian. Anda juga tidak memerlukan masa yang banyak untuk mempelajari dan memahami aplikasi ini.

3. Spendee

Ni aplikasi yang saya sendiri guna! Sebab nampak lawa dan simple lepas tu ada graph yang memudahkan saya untuk melihat berapa banyak duit yang saya telah gunakan untuk pelbagai benda. Sejak ada aplikasi ni, saya dapat mengawal bajet saya dengan lebih mudah!

4. Monefy

Aplikasi yang lebih kurang sama dengan Spendee, dulu saya pun guna aplikasi ni tapi dah tukar dah. Anda boleh mencuba keempat-empat aplikasi ini dan pilih mana yang lebih sesuai untuk anda dan anda boleh tengok perbezaan semasa anda menggunakan aplikasi ini dan semasa anda tidak menggunakan aplikasi ini.

Susun Jadual & Kerja Anda!

1. School Agenda

Siapa yang selalu tanya di Whatsapp group kelas “Hari ni kelas apa? Kelas kat mana? Kelas pukul berapa?” Ha, bagi budak-budak tu apps ni, suruh dorang download. Aplikasi membenarkan anda untuk memasukkan jadual harian anda bersama dengan kelas dan masa, takyah lah nak beli kertas A4, ke rembat kertas kawan untuk buat jadual! Yang lagi best, aplikasi ini juga membenarkan anda untuk meletakkan peringatan dan nota untuk anda membuat assignment!

2. Students Agenda

Aplikasi yang sama seperti School Agenda (nama pun hampir sama!) tetapi dengan lebih banyak kemudahan. Aplikasi ni seperti diari anda sebagai seorang pelajar, hari ni kelas apa, ada test tak hari ni, test dapat berapa markah, ada event tak? Semua ni anda boleh letak dalam aplikasi ini.

3. Daily Check: Routine Work

Aplikasi yang mempunyai fungsi seperti note dalam handphone anda tetapi dengan lebih banyak kebaikan seperti reminder dan anda boleh tanda aktiviti yang anda telah selesaikan. Anda juga boleh bahagikan melalui hari! Saya sendiri pun menggunakan aplikasi ni sebab sangat membantu untuk menyelesaikan tugasan.

Camera Scanner

Siapa yang pernah nak scan dokumen yang diperlukan untuk assignment, ke perlu email dokumen tu tapi takde scanner. Lepas tu nak scan kat kedai pun mahal. Ni aplikasi yang anda perlu ada! Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini menjadikan file gambar seperti jpeg, jpg dan png untuk menjadi pdf!

1. Office Lens

Office Lens adalah aplikasi yang terbaik untuk camera scanner. Dengan rating 4 bintang di Playstore, ramai yang memilih untuk menggunakan Office Lens disebabkan kualiti gambar yang baik dan anda boleh memilih bahagian mana dalam gambar yang anda ingin simpan.

2. CamScanner -Phone PDF Creator

CamScanner adalah antara salah satu aplikasi yang baik untuk Camera Scanner tetapi kadang kala anda akan mendapat masalah dengan gambar mempunyai kualiti yang rendah dan tidak mudah untuk digunakan.

3. Tiny Scanner – PDF Scanner App

TinyScanner seperti namanya adalah aplikasi yang menggunakan tempat yang kecil dan tidak banyak dalam handphone anda. Walaupun Tinyscanner ni kecil dalam saiz tetapi ia tetap memberikan gambar yang agak berkualiti dan berfungsi dengan baik.

Block Phone Anda!

Siapa yang asal pegang handphone je akan masuk FB ke IG ataupun Twitter? Ke tiba-tiba bising di Whatsapp? Memang benda ni tidak dapat dielakkan bila pegang phone tapi aplikasi ini akan menggelakkan anda daripada menggunakan aplikasi yang lain dan tidak diperlukan.

1. ( OFFTIME ) – Distraction Free

Aplikasi offtime ni sama seperti namanya, anda boleh menetapkan aplikasi apa yang anda boleh akses dan aplikasi apa yang anda tidak boleh gunakan apabila anda memulakan timer. Anda juga boleh menetapkan siapa yang boleh menghubungi anda!

2. Forest: Stay focused

Aplikasi ini boleh berfungsi seperti game. Anda akan memulakan timer dan anda akan menanam pokok dengan tempoh masa anda tidak menggunakan handphone anda! Jika anda menggunakan handphone anda sebelum masa timer anda tamat, pokok anda akan mati dan anda akan mendapat notification bahawa pokok anda mati! Bestkan sambil buat kerja, anda dapat bermain game juga.

3. Procrastination Timer

Aplikasi ni akan membantu anda untuk mengetahui berapa banyak masa anda gunakan untuk membuat sesuatu yang berfaedah dan berapa banyak masa yang anda gunakan untuk membuang masa anda! Anda juga boleh melihat penggunaan masa anda dengan aplikasi mana yang anda gunakan lebih banyak masa!

Aplikasi Yang Menjawab Soalan!

Percaya tak aplikasi ini akan membantu anda untuk menjawab soalan anda? Hanya dengan menaip atau mengambil gambar soalan anda, anda akan mendapat jawapan dan cara untuk menyelesaikan soalan anda!

1. PhotoMath – Camera Calculator 

PhotoMath ini adalah aplikasi yang akan membantu anda untuk menjawab soalan matematik hanya dengan mengambil gambar! Anda akan mendapat jawapan dan langkah-langkah untuk menjawab soalan tersebut dengan aplikasi ini! Kenapalah aplikasi tidak ada semasa saya seorang pelajar dahulu!

2. Brainly Homework Help & Solver

Aplikasi ni pula berfungsi seperti ruang untuk bertanya, anda boleh menanya soalan dalam aplikasi ini dan pengguna lain akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda! Tak kira la subjek apa yang anda ingin tanya, anda boleh bertanya! Anda juga boleh melihat soalan-soalan lama yang mungkin akan membantu anda.

Ini adalah antara aplikasi yang berguna untuk anda sebagai seorang pelajar universiti. Mesti susahkan nak uruskan masa dan duit? Gunakanlah telefon pintar anda dengan bijak dan download aplikasi-aplikasi ini.

Valerie
Don't touch me