untitled-design-42
Bahasa

12 Apps Android Yang Berguna Untuk Pelajar Semasa Bosan

Ada tak yang selalu tak tau nak buat apa bila dah bosan sangat? Dah lah bosan lepas tu takde pulak internet, alamak… Jom bersedia untuk masa-masa bosan yang akan datang dengan apps yang boleh didapatkan di Google Playstore untuk pengguna telefon Android. Yang guna iPhone boleh check kalau Apple store ada 12 apps ni.

1. Eye Exercises – Eye Care Plus

Zaman sekarang ni ramai yang kecil-kecil dah rabun, apa lagi yang selalu menghadap laptop dan handphone kan? Kenapa tak gunakan smartphone anda dengan pintar? Download apps ni untuk membantu penglihatan anda dengan menggunakan pelbagai kuiz dan mainan.

2. Mystic Messenger

Siapa yang kenal Mystic Messenger ni? Ramai tak yang tau Mystic Messenger? Tahun lepas MM ni agak popular di kalangan peminat anime dan cosplayer. Kenapa? Sebabnya? Anda boleh cuba game ni untuk mengetahui sebabnya!

3. What if..

What if……. Apa akan jadi jika……. Ramai tak yang selalu tanya soalan macamni dengan diri sendiri? Sekarang anda boleh guna apps ni untuk menanya diri anda soalan yang anda tidak pernah terfikir! Lepas tu undi la yes or no dan ketahui berapa ramai orang yang setuju dengan anda!

4. Miss wind

Miss Wind ni game yang amat menenangkan. Siapa yang tengah bosan atau geram boleh cuba aplikasi ni sebab lagu background dia memang menenangkan dan juga art dia yang sangat lawa.. Ni memang apps yang sesuai untuk orang yang bosan dan tak nak jadi makin geram.

5. Viridi

Aplikasi ni pun best juga waktu tengah bosan, buka je aplikasi ni anda boleh menanam tumbuhan anda sendiri dan anda tidak perlu sentiasa menjaga aplikasi ni. Waktu bosan je buka dan main lah sehingga anda bosan lagi hahaha!

6. Paper Planes

Aplikasi yang membenarkan anda untuk membuat kapal terbang menggunakan smartphone anda lepas tu anda boleh menerbangkan kapal terbang anda! Jangan terbuang phone tau semasa menerbangkan kapal terbang anda. Anda juga boleh menangkap kapal terbang daripada orang lain!

7. Wattpad

Yang minat membaca pasti tahu apps ni kan? Apps ni amat popular dikalangan pembaca disebabkan banyak buku-buku yang menarik dalam apps ni dan semua percuma! Lepas tu anda boleh baca buku ni online ataupun download buku yang anda nak dan baca offline tanpa sebarang gangguan.

8. ColorMe: Adults Colouring Book

Tahun lepas coloring book for adult memang popular kan? Tau tak ada apps untuk mewarna? Anda tak perlulah nak membeli buku coloring yang mahal tu! Download je apps ni dengan percuma dan anda boleh membawa coloring book ni ke mana-mana sahaja!

9. Pointless Button THE BUTTONING

Siapa yang memang dah bosan sangat tu, ni ha sesuai untuk anda. Anda tekan lah butang ni seberapa banyak kali yang anda nak, lepas tu anda dapat kumpulkan markah dah naik ranking. Siapa yang boleh tahan main game ni, saya respect la… Saya tak boleh main game ni.

10. Curiosity – Get Smarter Daily

Bosan tapi tak nak buang masa? Ni apps untuk anda! Anda boleh melayari “blog” atau artikel dalam aplikasi ini dan menambah pengetahuan anda semasa anda bosan. Banyak fakta yang menarik anda akan pelajari daripada aplikasi ni. Jangan percaya bulat-bulat tau! Try google dulu untuk pastikan.

11. Treadmill

Anda ada tak rakan-rakan yang selalu cakap jari dia dah lah pendek, lepas tu gemuk pula tu, tak lawa lah jari dia. Ada tak? Saya kenal dua orang macam tu! Ni apps yang sesuai untuk mereka! Cepat-cepat bagitau mereka apps ni, nanti masa bosan bolehlah exercise jari dia yang pendek dan gemuk jadi kurus!

12. Bored Button

Anda dah cuba semua 11 apps kat atas? Ni apps jika anda memang dah bosan nak mati. Dengan satu butang sahaja anda dapat mencuba pelbagai aplikasi yang akan membantu anda untuk tidak menjadi bosan.

Harap-harap siapa yang download apps ni dah tak bosan ataupun dah jumpa benda yang lebih berfaedah!

 

Valerie
Don't touch me