Mesti ramai siswa siswi yang suka pegi bazaar ramadhan kan? Pelajar Universiti Malaya pergi bazaar di Seksyen 17 kan? Lepas tu, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di PJ pula pegi bazaar dekat kawasan apartment kan? UIA Gambang pula pegi bazaar kat matriks? Betul tak? Betul kan.. Kitorang tau mana hotspot korang.
Ni khas untuk pelajar UiTM! Senarai bazaar berdekatan lima UiTM yang dipilih. Siapa yang ada cadangan lain jangan lupa untuk komen! Bagitau kitorang bazaar mana yang best dekat universiti korang! Dan makanan apa yang kitorang mesti cuba kat sana!
1. UiTM Shah Alam
UiTM Shah Alam ni memang terkenal dengan bazaar ramadhan yang best best. Bukan je best tapi pelajar kat sini bertuah sebab ada banyak bazaar di sekitar UiTM. Boleh lah pilih mana yang lebih dekat ataupun mana ada makanan yang lebih sedap. Antara bazaar yang popular di UiTM Shah Alam adalah:
Depan Gate UiTM, Seksyen 7
Ini adalah antara bazaar yang popular di kalangan pelajar UiTM disebabkan kawasan bazaar yang amat strategik. Bazaar ini terletak dekat depan gate UiTM dan juga berdekatan dengan kawasan perumahan rumah sewa pelajar. Lagi best? Dekat dengan kawasan i-City. Memang tempat yang mempunyai ramai pengunjung dan amat sesuai untuk bazaar ramadhan!
Dekat SACC, Seksyen 14
Terdapat juga bazaar yang agak jauh daripada UiTM tetapi agak popular dalam kalangan pelajar UiTM. Bazaar ni ada dekat kawasan SACC Mall. Pelajar kat UiTM Shah Alam ni rajin juga nak gi semua bazaar yang ada kat kawasan UiTM kan. Ada tak makanan yang mesti cuba di bazaar ni? Ke ada bazaar lain yang korang rasa lebih baik? Komen!
2. UiTM Puncak Alam (Palam)
Ni antara kampus UiTM yang agak popular. Tau tak kampus ni kat mana? Ke korang ingat kampus ni sama je dengan kampus UiTM Shah Alam? Best tau belajar kat sini walaupun bazaar ramadan agak jauh.
Saujana Utama
Ada tak pelajar Palam kat sini? Betul ke korang pegi bazaar kat Saujana Utama ni? Tak jauh ke dari kampus korang? Rajin nye siapa yang pegi bazaar ni! Tapi mesti bosankan kalau asyik makan makanan dalam kampus? Ha macam yang lain, komen apa makanan yang sedap kat sini!
3. UiTM Kampus Alor Gajah (Lendu)
Siapa yang tak tau UiTM Lendu kat sini? Selalunya UiTM Lendu ni famous sebab event yang gempak daripada pelajar MassComm kat Lendu. Pelajar kat UiTM Lendu ni bertuah tau, mereka ada tiga bazaar ramadhan yang mereka boleh pilih!
Dalam UiTM Lendu
Pelajar kat Lendu ni sangat bertuah, ada bazaar ramadhan dalam UiTM! Bestnya, tak perlu nak keluar daripada UiTM, balik kelas je dapat singgah kat bazaar dan beli makanan untuk berbuka. Tapi dengar kata untuk semester ni takde bazaar kan? Kesian adik-adik semester interim tak dapat nak merasai bazaar di UiTM Lendu. Char kuey teow dan laksa kat bazaar ni sangat sedap! Yang tak sedar lagi, ye saya ni bekas pelajar kat lendu! Pelajar lendu komen kat FB kitorang!
Alor gajah
Kalau nak pegi bazaar yang memang banyak pilihan, anda boleh cuba pegi bazaar kat Alor Gajah. Kalau dari UiTM naik bas Panorama ataupun Maraliner je ke AG, lepas tu jalan kaki la pegi kawasan bazaar. Kalau korang kat sana memang rambang mata la sebab banyak pilihan makan dan semua sangat meliurkan.
Masjid Tanah
Bertuah nye pelajar kat lendu ni kan? Ada 3 bazaar yang korang boleh pegi! Dalam UiTM, AG dan juga Masjid Tanah. Saya tak pernah lagi pegi bazaar kat Masjid Tanah ni tapi dengar cerita makanan kat bazaar ni pun boleh tahan sedap la juga.
4. UiTM Puncak Perdana (Pundana)
Kenal tak UiTM Puncak Perdana? Ke korang ingat UiTM Puncak Perdana ni sama je dengan UiTM Puncak Alam. Tempat ni berbeza tau! Jom tengok apa bazaar yang ada kat sini.
Dekat “kandang”
Pelajar di Pundana mesti tau kan kat mana kandang ni? Kandang ni sebenarnya medan selara dekat UiTM. Selalunya di sebelah kandang baru akan ada bazaar ramadhan yang anda wajib pergi! Dekat je kan kalau tak salah? Rajin kan diri nak pegi ke bazaar ramadhan ni! Pegi la sekali jika anda di UiTM Puncak Perdana!
TTDI Jaya
Bazaar yang lebih besar berbanding dengan bazaar berdekatan kandang, ini menjadi tempat pelajar UiTM mencari juadah berbuka puasa jika mereka telah bosan dengan makanan di kandang. Siapa yang selalu pegi bazaar ni? Makanan apa yang sedap kat sini?
5. UiTM Sabah
UiTM kat Sabah ni agak terpencil, nak kat lebih terpencil daripada UiTM lain tak betul juga tapi pernah sekali tu waktu nak pegi UiTM Sabah, rasa macam masuk kampung UiTM daripada masuk kampus UiTM. Lepas pagar UiTM baru rasa macam tempat pengajian tinggi. Ni bazaar yang terdekat dengan UiTM Sabah:
Bazaar Indah Permai
Siapa orang Sabah kat sini? Ke ada yang belajar kat Sabah? Bha pelajar UiTM Sabah, sini la kamu selalu pigi ni kan? Betul kan apa saya cakap? Apa makanan yang paling sedap kunun di sini? Cuba gia komen di FB page kami atau kamu share ni post tanya kawan kamu.
One thought on “Bazaar Ramadhan 2017 Di UiTM Malaysia!”
Comments are closed.