Yang tengah baca ni mesti tengah curious kan? Nak tahu macamana dia boleh mencuri hati si dia yang diminati. Jom kitorang payung korang dengan tips-tips ni! Jangan kata kitorang tak payung tau!
1. Mesti handsome
https://www.instagram.com/p/BU39tu0BtvN/?taken-by=aimanafiff
Kalau nak pikat gadis dan memenangi hati dia, anda mesti jadi handsome! Siapa yang tak handsome tu memang tak akan dapat gadis yang anda nak. Cuma jejaka yang memang kacak, handsome dan comel sahaja akan dapat gadis yang mereka nak. Itu pun tak pasti lagi sebenarnya, boleh je ada yang lain yang lebih handsome akan menang dahulu.
2. Mesti kaya
Cara yang lebih mudah untuk anda mendapatkan gadis yang anda nak adalah, jadi kaya!
3. Mesti bijak
Gadis mana yang tak minat jejaka yang pandai? Apa lagi jika jejaka tu macam Mifzal… Siapa yang nak pikat gadis-gadis tu boleh la jadi macam Mifzal. Bijak pandai.
TIPU JE!!
Siapa yang memang nak cari tips untuk tackle gadis yang korang minat tu, takyah lah buang masa. Mesti semua tips sama je, kena jaga penampilan, kena jadi jejaka budiman, kena pandai berkomunikasi dan banyak lagi la. Kalau dah ada jodoh tu pasti akan dapat la, kalau takde tu memang takde la. Kalau memang nak tips, ni ha tips dia, tiga benda yang penting and perlu ada untuk menarik hati gadis yang anda minat.
1. Ikhlas
Kalau anda memang suka dengan seseorang tu, anda perlu ikhlas. Tak kisah lah anda handsome, kaya ke pintar, kalau anda memang ikhlas minat dengan seseorang tu, anda pasti akan berjaya mencuri hati si dia. Jika anda tak dapat, mungkin sebab si dia tu memang bukan jodoh anda la. Redha je la ye.
2. Jujur
Ni penting! Anda mesti la jujur dengan gadis yang anda sukai. Tak perlu lah nak menipu seperti anda suka semua yang gadis tu suka, anda boleh buat ini itu untuk gadis tu. Tak perlu! Jujur je jika anda tak suka benda yang gadis tu suka, sebab kalau tak jujur sekarang, nanti macamana? Takde guna relationship yang tak jujur! Lagipun takde sesiapa yang suka jika pasangan dia menipu kan?
3. Pendengar
Kalau anda nak mencuri hati si dia, pastikan anda mendengar kata-kata dia! Jangan setakat layan je, kena dengar dan faham. Ni cara terbaik nak mencuri hati si dia! Sekarang ni susah nak mencari lelaki yang akan mendengar perempuan! Selalu kena hmmm, hmmm aah, ye saya dengar ni tapi sebenarnya tak dengar pun.
Semoga dapat pikat si dia anda!