untitled-design-66
Bahasa

Gadis Malaysia Dari Sabah Yang Menjadi Popular Kerana Kulit Yang Unik Dipenuhi Tompokan

Siapa yang masih ingat apabila apabila seorang gadis Sabah yang menjadi viral apabila dia bertunang dengan “The Flash?” Sekarang lagi seorang gadis daripada negeri Sabah ini menjadi viral!

Gadis yang bernama Evita Patcey Edgar Delmundo telah menjadi viral baru-baru ini disebabkan kulitnya yang penuh dengan tompokan serupa dengan tahi lahat.

Evita merupakan seorang gadis Rungus berdarah campuran Filipina berumur 20 tahun berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. Dia mempunyai tompokan dan tahi lalat di bahagian muka dan badan. Berbeza daripada jangkaan orang, dia tidak malu untuk menerima “keunikkan” kulit dia dan dia tidak malu untuk berkongsi ceritanya dengan orang rami. Ini boleh dilihat daripada gambar-gambar Instagram Evita,

https://www.instagram.com/p/BTsqLDYgkXq/?taken-by=evita_delmundo

Menurut temubual dengan Elle, Evita berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa membesar disebabkan tompokan yang ada di kulit dia. Dia tidak terlepas daripada dibuli dan dipinggirkan semasa kecil hanya disebabkan masalah kulit dia. Semasa sekolah rendah, dia digelar “monster” atau “chipsmore” dan ini bukanlah mudah untuk diterima oleh seorang kanak-kanak.

Baru-baru ini juga, Evita telah mencuba nasib untuk bertanding dalam Miss Universe Malaysa. Dia telah pergi ke ujibakat Miss Universe Malaysia di Sabah dan berharap dia akan mendapat panggilan semula selepas ini.

https://www.instagram.com/p/BVcHDBcgMUk/?taken-by=evita_delmundo

Menurut temubual dengan Elle juga, Evita ingiin menjadikan Miss Universe Malaysia sebagai satu platform untuk memberi inspirasi kepada gadis-gadis di luar sana yang mempunyai masalah keyakinan diri. Dia ingin mereka untuk menjadi lebih yakin dan menerima kelemahan diri sama dengan kelebihan diri mereka.

Siapa yang tak tahu, Evita mempunyai bakat menyanyi dan bermain gitar. Di sini terdapat beberapa video Evita menyanyi dan bermain gitar.

https://www.instagram.com/p/BQb-x5thcfy/?taken-by=evita_delmundo

https://www.instagram.com/p/BNYN5BnhmVr/?taken-by=evita_delmundo

Nak tambah sikit ni, Evita juga pandai bercakap rungus tau. Dia ni memang hebat la!

https://www.instagram.com/p/BVmgAHaAuh7/?taken-by=evita_delmundo

Dengan lebih dari 41k followers di Instagram sekarang, kami berharap agar Evita akan terus menjadi inspirasi kepada semua gadis-gadis mahupun lelaki di luar sana yang mempunyai masalah keyakinan diri. Kepada pelajar yang tengah membaca ini, jadikan Evita sebagai contoh anda. Sayangi diri, terima kebaikan dan keburukan yang ada.

Valerie
Don't touch me