untitled-design-23
Bahasa

Kafe Untuk Pelajar Bajet Hipster di Kota Kinabalu, Sabah

Selepas hari yang memenatkan dengan kelas, tempat yang paling best untuk berehat adalah tempat yang ada free wifi dan persekitaran yang tenang.  Tidak ada tempat yang lebih sesuai daripada kafe yang semakin banyak di kawasan Kota Kinabalu.

Dengan pilihan minuman yang menarik dan sesuai dengan kualiti, ini adalah senarai kafe yang pelajar perlu cuba sekali sekala untuk berehat atau “chill” dengan rakan-rakan selepas kuliah atau untuk meraikan hujung semester.

1. Woo Cafe

woo-collage

Salah satu kafe yang baru dibuka pada bulan Oktober tahun lepas dan menjadi popular dengan pantas disebabkan oleh reka bentuk dalaman dan hiasan yang menarik dan sesuai untuk Insta pic anda. Berserta dengan menu yang menarik berbanding dengan kafe lain berserta dengan kopi dan manisan seperti matcha tart yang sedap dan berkualiti. Harga minuman dalam lingkungan RM8-15 yang bersesuaian dengan kualiti dan matcha yang dikatakan sedap! Dengar kata kerana mereka menggunakan serbuk matcha yang tulen dan tidak menggunakan perasa tiruan, warna atau bahan tambahan. Portion makanan pun agak besar yang bermaksud anda boleh berkongsi makanan dengan rakan – rakan anda!

Alamat: 7, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Nombor Telefon: 088-211 315

Masa: Setiap hari 9:30AM–11:30PM

2. October Cafe

october-cafe-collage

Salah satu kafe yang mempunyai kopi yang terbaik di KK kerana pilihan biji kopi yang baru dan barista yang berpengalaman serta mempunyai minat yang mendalam dengan kopi. Dengan minuman panas dalam lingkungan harga RM7-RM10 dan minuman sejuk dalam lingkungan harga RM11-RM12. Berpatutan la harga ni! Tambah lagi dengan barista yang telah disahkan dan dengan biji kopi yang baru serta dibakar  sendiri oleh barista di October Cafe. Yang lagi best? October Cafe ada 3 cawangan yang berbeza di KK! (Dan barista yang handsome dan lawa)

Gaya Street

Alamat: Jalan K.K. Bypass, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Masa: Setiap hari 11AM–12AM

Peak Vista

Alamat: L13, 13, Jalan Dewan & Lorong Dewan, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Nombor Telefon: 088-346 129

Masa:  Setiap hari 9AM–11PM

Latitude 6

Alamat: Lot 5, Latitude 6 commercial Centre, Off Jalan Lintas, Kota Kinabalu

Masa: Setiap hari 11AM – 12AM

3. Lucky Bean

lucky-bean-collage

Lucky Bean adalah salah satu tempat yang sesuai untuk relaks dan berpatutan untuk makanan yang sedap dan lebih kepada fusion makan Taiwan, Malaysia dan Western. Antara makanan yang sedap dan patut dicuba adalah  Lucky Bean’s Cheesy Eggettes. Ini adalah salah satu makanan yang popular di Taiwan dan versi Lucky Bean tidak kurang hebatnya. Gravy Cheese Fries pun tidak kurang hebatnya, siapa yang tidak suka fries dengan cheese. Hmm… Sedapnya…

Alamat: 16-0 Lintas Square Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Nombor Telefon: 012-833 5655

Masa:

Isnin – Sabtu: 11:30AM–11PM

Ahad:  1:30PM–11PM

4. The Bean Cafe

the-bean-cafe-collage

Antara salah satu kafe yang sentiasa penuh kerana tempat yang selasa untuk berjumpa dengan rakan-rakan atau bersendirian. Kafe ini mempunyai kerusi dan sofa yang selesa dan membuatkan anda berasa seperti anda di rumah sendiri. Kafe ini juga menyediakan tempat untuk anda duduk dengan selesa seorang diri dengan minuman anda. Harga minuman dan makanan mereka agak berpatutan. Manisan seperti kek berharga RM8 ke atas dan pastikan anda mencuba cheesecake di sini!

Alamat: Lot 8-1, Lido Plaza, Jalan Kobusak, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Nombor Telefon: 017-855 8989

Masa: Setiap hari 11AM–11PM

5. INCH Coffee

inch-collage

Ini adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan kopi dan makanan yang berkualiti, dengan 4.8 bintang daripada 5 bintang di Facebook ini adalah bintang yang tertinggi dalam semua kafe yang ada di senarai ini. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang luar biasa, anda boleh mencuba Coconut Smoothie yang ada di INCH Coffee. INCH Coffee terkenal disebabkan waffle yang unik dan sedap. Signature waffle di Sabah iaitu waffle yang ranggup di luar dan lembut di dalam.

Alamat: 1B, Perdana Park, Kota Kinabalu

Nombor Telefon: 016-639 3807

Masa:

Isnin: TUTUP

Selasa – Ahad: 2:00PM – 10:30PM

Valerie
Don't touch me