untitled-design-49
Bahasa

Kartun Kanak-Kanak Bananana Yang Popular Di Malaysia Dahulu!

Siapa yang ingat program Bananana di TV3 dan NTV7 dulu? Rasanya kali terakhir adalah pada tahun 2014 dia bersiar. Kalau tak salah lah. Dulu bukan main budak-budak duduk depan TV menunggu kartun yang diminati setiap kali program Bananana! Sekarang ni hmmm, semua depan smartphone atau tab je, tengok kartun kat Youtube je la. Siapa yang minat Bananana dulu mesti ingat semua kartun ni kan! Bagitau apa kartun lain yang anda minat!

1. Avatar: The Last Airbender

Siapa peminat setia Avatar di sini?? Dulu sanggup tau duduk depan TV tak nak makan sebab nak tengok Avatar!! Lelaki perempuan, dua-dua duduk depan TV gaduh siapa yang lebih kuat dan siapa yang akan jadi Aang kan? Hahaha, tu saya dan adik beradik saya la.

2. BoBoiBoy

Boboiboy!!! Sampai sekarang boboiboy ni famous wei. Sekarang dah ada movie boboiboy kot. Siapa yang masih ingat boboiboy yang dulu main kat TV?? Sekarang dah takde budak-budak yang tengok boboiboy dekat TV kan? Semua tengok di tab ataupun phone, kalau depan TV pun sama ada dengan DVD ataupun dah download. Sekarang ni budak-budak dah tak duduk depan TV dan tunggu kartun mereka.

3. Ejen Ali

Ingat tak Ejen Ali??? Ni antara kartun yang saya memang minat! Sebenarnya Ejen Ali ni animasi karya Malaysian tau! Percaya tak? Tu la kartun ni best, sebab budaya Malaysia yang kita faham lepas tu ditambah dengan aksi lasak! Wuish bessstttt.

4. Penguins of Madagascar

Siapa yang ingat movie ni?? Ingat tak dulu ada rancangan kartun yang memang fokus dengan penguin ni je? Alahai comel gila penguin ni. Saya tak ingat sangat tengok rancangan ni tapi ramai yang kata dorang ada tengok rancangan ni. Adakah anda salah seorang daripada yang pernah tengok atau pun yang tak ingat?

5. SpongeBob SquarePants

Siapa lah yang tak kenal spongebob squarepants, kartun yang memang popular di seluruh dunia. Ingat tak dulu setiap kali masa bananana spongebob akan dimainkan dan spongebob ni special tau, spongebob dalam bahasa malaysia! Best je tengok sebab faham apa yang dorang cakap!

Siapa yang ingat kartun-kartun best, jangan lupa komen kat Facebook page kami!

Valerie
Don't touch me