untitled-design-82
Bahasa

Mana Lebih Sesuai Untuk Pelajar Di Bandar Sunway, Subang Jaya? Rumah Teres Jalan PJS 9, PJS 7 Atau Nadayu28?

Ramai pelajar di kawasan Bandar Sunway  ataupun di kawasan Subang Jaya akan menetap di dua kawasan ni kan? Kawasan Subang Jaya ni memang dipenuhi dengan universiti seperti Universiti Sunway, Taylor’s Lakeside Campus, Monash University College, INTI, The One Academy dan juga SEGI. Uish, semua universiti yang famous kat Subang ni kan.

Disebabkan oleh universiti yang banyak di Subang Jaya ni, ramai pelajar yang ingin mendapatkan rumah sewa di kawasan Subang Jaya atau Bandar Sunway. Memang susah nak cari rumah sewa yang murah dan baik di kawasan ni kalau tidak berhati-hati mungkin ada yang akan tertipu tapi jangan risau! Hostelhunting kan ada! Kami menjamin anda akan mendapat bilik yang sama seperti apa yang anda lihat dan proses yang selamat semasa mencari dan menyewa rumah sewa anda.

Dari apa yang kami tahu, antara tempat yang popular untuk pelajar mencari rumah sewa adalah rumah teres yang ada di PJS 9 yang bersebelahan dengan Sunway Pyramid dan juga Nadayu28 yang berdekatan dengan banyak universiti. Mesti ramai yang tertanya-tanya mana yang lebih baik antara dua ni? Jom baca artikel ni untuk tahu lebih lanjut mengenai kawasan ini.

1. Jalan PJS 9/PJS 7 Bandar Sunway

jalanpjs9_jalanpjs7_sunwaypyramid_subangjaya_houseforrent_cheaphouse_roomforrent_hostelforrent_studentsroom_studenthouse_studenthostel

Nak tahu tak kenapa tempat ni popular dengan pelajar? Sebab tempat ni penuh dengan rumah sewa yang memang khas untuk pelajar! Kalau korang ada kawan-kawan yang tinggal kat sini, tanya je kalau ada kawan lain yang tinggal kat kawasan ni. Mesti ada ramai!

Salah satu sebab kenapa ramai yang menyewa di kawasan PJS 9 atau PJS 7 adalah sebab harga yang murah berbanding kawasan lain. Kalau tak percaya, kat HostelHunting, bilik termurah di kawasan PJS 7 adalah RM350!

jalanpjs7_cheaphostel_rumahmurah_rumahsewa_hostelmurah_sunwaypyramid_bandarsunway_subangjaya

Murah kan?? Kalau risau takde transport nak pegi universiti, tak perlu risau! Ada BRT dan juga bus Sunway percuma yang anda boleh gunakan untuk ke kawasan yang popular di Sunway. Sesiapa yang ada kereta lagi bertuah sebab RM350 ni termasuk tempat parking beratap tau! Macam tak percaya je ada rumah sewa yang berpatutan dengan bajet pelajar di kawasan Sunway kan? Ada tak yang berminat nak tahu macamana nak jaga bajet semasa travelling boleh baca artikel “8 Tempat Travel Di Malaysia Yang Best Dalam Bajet Pelajar dan Murah.”

Lagi satu sebab kawasan ni popular sebab senang nak pergi universiti dan berdekatan dengan kedai runcit dan kedai makan. Macam kat PJS 9, dekat gate masuk ada BRT berdekatan dan juga bus stop untuk bus Sunway percuma. Lepas tu kalau seberang jalan je dah ada banyak kedai makan, ada Guardian, Watson, ada bank dan ada klink juga tau. Ni belum termasuk Sunway Pyramid lagi tau, seberang jalan lepas KFC tu nanti Sunway Pyramid dan korang akan ada lebih banyak pilihan untuk shopping nanti!

Kalau pelajar The One Academy memang ramai yang akan duduk di kawasan PJS 9, PJS 7 sebab kelas TOA adalah di kawasan kedai sebelah Sunway Pyramid sahaja. 10-15 minit je dari PJS 9, PJS 7. Kalau nak ke Sunway Universiti pun boleh ambil BRT atau Sunway bus. Ini antara sebab kenapa rumah sewa kat Jalan PJS 9 dan Jalan PJS 7 ni sangat popular!

2. NADAYU28 Bandar Sunway

nadayu28_sunwaypyramid_sunwaylagoon_cheaproomsforstudent

NADAYU28 ni popular dalam kalangan pelajar Sunway Universiti dan Monash sebab memang amat dekat dengan kampus Sunway. Lagipun dengar cerita kalau nak dapat kan parking kat Sunway Universiti ni agak susah kan? Lebih baik parking kat Sunway Pyramid atau guna BRT je kan? Ataupun, lebih baik dapatkan bilik di NADAYU28 jadi tak perlu nak fikir pukul berapa kena keluar rumah kalau tak nak lambat masuk kelas. Ada tak pelajar Sunway Universiti yang tak setuju tentang parking tu? Mungkin sekarang dah berubah kot… Ke masih sama lagi..

Pelajar juga lebih suka memilih untuk tinggal kat NADAYU28 sebab fasiliti yang ada kat sini, kalau kat kawasan PJS 9 dan PJS 7 selalunya memang kawasan rumah teres untuk disewa tetapi NADAYU28 ni kondo tau! Siap ada infinity pool lagi! Memang harga kat NADAYU28 ni lagi mahal berbanding dengan rumah sewa di kawasan lain tetapi ni sebab fasiliti di sini lengkap dan juga selamat. Ada pengawal 24 jam dan CCTV. Kalau dari NADAYU28 ke Sunway Pyramid punya sama je, lebih kurang 10-15 minit.

Sekarang dah tau kan apa beza dua kawasan ni? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke website kami Hostelhunting.com untuk tengok bilik yang korang minat, lepas tu call je kami! Kami janji akan membantu anda untuk memilih bilik yang terbaik mengikut bajet dan keperluan anda!

Valerie
Don't touch me