untitled-design-20
Bahasa

Rapper Malaysia, Kidd Santhe Pernah Dibuli

Parssanth Navaratnam merupakan seorang kanak-kanak biasa yang mempunyai minat dalam beatboxing semasa dia berumur 10 tahun. Dia kemudian mula menghasilkan musik pada umur 16 tahun dan pada umur 18 tahun, dia memutuskan untuk menjadikan musik sebagai kerjaya. Membesar dengan Elvis Presley dan Michael Jackson sebagai inspirasi musik beliau, Kidd Santhe menjadi popular dengan hit single pertama beliau, LITNYA pada tahun lepas dan ELAK ELAK Februari tahun ini di bawah syarikat rakaman, Monster Sound.

Kidd mengimbas kembali zaman persekolahan beliau dengan kami dan bercerita mengenai beliau menjadi mangsa buli iaitu cerita di sebalik single terbaru beliau, ELAK ELAK.

“SHUFFLE”

“Sejak saya berumur 10 tahun, saya agak rendah dan montel. Apabila saya membesar, saya menjadi lebih montel dan hanya meninggi sedikit. Dulu apabila saya dalam bas sekolah, terdapat sekumpulan budak lelaki yang suka “shuffle” kerana “shuffle” adalah trend pada masa itu. Mereka akan membuat saya “shuffle” dan akan kata perkara seperti”Oh tengok dia bergoyang semasa dia “shuffle!” dan saya berkecil hati dengan mereka.

“Milo Gemuk”

Ia menjadi semakin teruk apabila LMFAO mengeluarkan lagu Everyday Im Shufflin’ kerana mereka akan menggunakan lagu ini sebagai musik dan menyuruh saya shuffle. Saya masih ingat apabila ayah saya membawa saya ke dalam sebuah bilik dan dia memberitahu saya jika saya tidak mengurangkan berat badan, “burung” saya tidak akan membesar, sekarang dia akan ketawa setiap kali kami mengenang kembali masa dahulu.

Kidd selalu diperkecilkan pada masa dahulu, dia akan dipanggil “milo gemuk” kerana dia suka Milo dan dia merupakan sasaran yang mudah.

kidd-santhe-2

Dengan cerita beliau, beliau memutuskan untuk mendekati sesiapa yang pernah menjadi mangsa buli dengan lagu beliau, ELAK ELAK. Kidd Santhe kata, “Saya ingin menyukai diri saya dan lupakan mereka yang ingin menjatuhkan saya. Dan saya rasa jika lagu seperti ELAK ELAK ada semasa saya dibuli di sekolah menengah, saya akan dapat menghadapi mereka dengan lebih baik.”

kidd-santhe

Mengenai Pembuli Awak, Adakah Awak Mendengar Khabar Daripada Mereka? Bagaimana Anda Mengendalikan Perkara Itu?

“Jika saya berjumpa dengan mereka esok, saya akan mula menyanyi, “Look at me now, eh. Look at me now, yeh.” Tapi sebenarnya, saya akan berterima kasih dengan mereka kerana jika tanpa mereka, saya tidak akan menjadi siapa saya pada hari ini. Lagu “Elak Elak” tidak akan diterbitkan jika saya tidak mengalami apa yang saya hadapi, terima kasih.”

Apa Yang Awak Akan Beritahu Pembuli Di Luar Sana?

“Weyh, rilek lah doh, tak yah kecohhhh!”

interview-with-kidd-santhe
Kidd Santhe dengan salah seorang krew kami

Jika anda berminat untuk berjumpa dengan Kidd Santhe, anda boleh datang ke SIX di Jalan Telawi 3, Bangsar setiap hari Jumaat dari pukul 10 malam sehingga lewat malam. Nantikan video Cabaran Mingguan Kami pada minggu ini! Kami mempunyai Kidd Santhe sebagai tetamu jemputan!

Valerie
Don't touch me