Semalam dah dapat keputusan UPU kan? Ada tak yang dapat tawaran universiti di Kuala Lumpur? Risau tak macamana nak sambung belajar kat KL nanti? Mesti dah dengar macam-macam tentang KL kan? Nak cakap semua tu betul, tak juga. Jom baca artikel ni untuk tahu macamana “expectation” dan realiti duduk kat KL sebenarnya. Excited tak nak jadi seorang penuntut universiti? Macamana agaknya kehidupan anda di universiti nanti?
1. Hutan Konkrit
Expectation: Bangunan banyak yang tinggi-tinggi dan rapat dengan bangunan lain. Rasa macam tinggal di hutan yang penuh dengan pokok-pokok konkrit. Ramai yang kata “Datang KL mesti boleh berjaya” sebab banyak peluang perkerjaan dan macam-macam lagi.
Realiti: Sebenarnya, expectation ni memang realiti hidup di KL.
2. Kelas “atas”
Expectation: Duduk KL ni kononnya ramai yang “kelas atas.” Ada rumah-rumah bertingkat, ada orang gaji, ada dua kereta atau lebih, ada kerja dengan gaji besar, beli barangan mewah dan mesti pandai bergaya. Orang KL kononnya tak mandi hujan dan tak suka dengan hidup kampung.
Realiti: Realitinya, banyak je orang yang duduk kat KL ni yang dulu duduk kat kampung dan selalu je mandi hujan kat KL. Mungkin generasi baru yang lahir di KL tidak berpeluang untuk merasai hidup kat kampung tapi kat KL ramai yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza.
3. Makanan kat KL mahal
Expectation: Makanan tempatan yang “famous” kat negeri lain tak sedap macam yang original dari negeri tu. Lepas tu kedai makanan barat mesti makanan kat sana sedap. Bila cakap tentang harga, harga mesti mahal. Tak kisah lah makanan tempatan ke makanan barat ke, mesti mahal.
Realiti: Ada banyak tempat yang menjual makanan tempatan dari negeri lain dan banyak yang sedap. Nak cakap pasal harga pula, harga tu bergantunglah dengan makanan apa dan di mana. Memang ada yang mahal tapi ada juga yang murah dan berpatutan.
4. U & I
Expectation: Slang KL, U & I, English mesti hebat
Realiti: Ramai je yang guna kau, aku, awak. Nak cakap semua English power pun tak juga, ada yang power ada yang tak. Lepas tu nak cakap Sabah ke, cakap Kedah ke, cakap je la. Yang penting semua faham apa yang nak disampaikan.
5. Jalan raya sentiasa sesak
Expectation: Hidup kat KL ni sentiasa sibuk, jalan raya penuh dengan kereta dan motorsikal. Trafik di KL yang sesak hampir setiap masa.
Realiti: Sama macam hutan konkrit, memang inilah realiti duduk di KL.