Nak berbuka dengan manisan ni mesti best kan? Dengan kurma lepas tu ada air manis dan dessert selepas makan. Lagi-lagi dessert sejuk dan manis.. Alamak.. Sedapnya.. Yang suka scroll kat IG tu mesti nampak dessert yang memang mengugat iman kan? Lepas tu terfikir nak pegi bazaar ramadhan kat TTDI, ke yang study kat UiTM tu tengah berliur terfikir tentang bazaar dekat UiTM kan? Ada tak yang terfikir apa nak makan kat UiTM hari ni? Ni korang boleh buat sendiri… Kalau korang kat rumah.. Hahaha, sorry!
1. Cendol
Mesti best kan kalau dapat makan ABC.. Lagi best kalau dapat buat untuk satu keluarga, senang je ni. Anda cuma memerlukan:
2 cawan ais hancur
Untuk sirap:
1/4 cawan brown sugar
1/3 cawan air
3 titik pewarna merah
Campuran:
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar kacang merah
2 sudu besar jagung manis dalam tin (cream style)
2 sudu besar cincau yang telah dipotong
Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sirap dalam satu periuk kemudian panaskan dengan api sederhana.
Matikan api apabila gula telah cair dan sirap telah mendidih. Letak di tepi untuk disejukkan.
Sediakan ais. Blender jika perlu.
Letak ais dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan yang diperlukan untuk campuran kemudian letakkan sirap.
2. Puding Karamel
https://www.instagram.com/p/3A0fdXLNDv/
Nyummm, ni sedap nak makan selepas berbuka. Resipi ada di gambar kedua, jom lah buat dan kongsi dengan kami!
3. Milo Tabur
https://www.instagram.com/p/BLic4DSAfxw/
Bahan-bahan
1/2 cawan air panas
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu pekat manis-boleh kurang atau lebihkan ikut kesukaan
Susu cair
Ais batu secukupnya
Cara-cara
Campurkan serbuk koko dan susu pekat manis ke dalam air panas.Kacau sehingga larut
Masukkan ais batu dalam satu cawan lain.Tuang air tadi. Akhir sekali tuang susu cair.
4. Puding Kastard
https://www.instagram.com/p/3Dr5jnLNJQ/
Ni lagi dessert yang akan buat anda berliur. Puding manis dengan buah-buahan mesti sedapkan untuk berbuka.
5. Fresh Fruit Tart
https://www.instagram.com/p/3IA5mcrNPm/
Fruit tart ni agak bahaya sebab sedar tak sedar dah berapa banyak fruit tart yang dah masuk mulut.
5 dessert yang anda boleh sediakan untuk bulan puasa ni. Mesti bestkan jika anda boleh membuat semua dessert ni untuk keluarga anda? Apa lagi, jom masuk dapur dan cuba resepi ini!