Bulan Ramadhan ni ramai yang suka berbuka dengan buffet. Lagi-lagi yang duduk di Kuala Lumpur (KL), banyak restoran yang membuat promosi berbuka dengan harga yang memang dalam bajet! Pelajar pun boleh cuba buffet-buffet ni! Lagipun sekarang tak perlu nak fikir tempat parking penuh, kan ada aplikasi Grab dan Uber! Yang terbaru pula ada Riding Pink! Yang ni khas untuk wanita! Jom cuba semua buffet ni sebelum bulan Ramadhan berakhir!
1. Kaw’D Official
Ini adalah tempat yang sesuai untuk anda dan rakan-rakan anda! Cuba scroll instagram dia. Jangan marah tau kalau puasa sebab instagram dia memang buat orang meliur. Semua nampak sangat sedap. Mungkin ada yang akan kata mahal la tapi berbaloi tau! Sebab bukan setakat satu jenis makanan! Ada pelbagai jenis makanan yang anda boleh cuba dan anda tidak perlu membayar lebih! Jom lah tarik kawan-kawan anda untuk makan bersama-sama di sini, harga pun lagi murah!
Alamat:
Ampang Waterfront
2. Teratak Restaurant
Siapa yang nak berbuka dengan makanan Melayu, anda boleh cuba kat Teratak. Laksa Johor kat sini sangat popular di kalangan pengunjung Teratak kerana laksa yang sedap dan asli. Teratak ni ada 4.3 bintang di Facebook tau, rugi jika tak cuba makanan kat Teratak pada masa ni.
Alamat:
G23A, Glo Damansara,
699 Jalan Damansara
Kuala Lumpur, Malaysia
3. Hwa Ga Pork Free
Ada tak peminat Korea kat sini? Kpop ke, kdrama ke ataupun korea? Kalau anda adalah peminat makanan Korea ataupun ingin mencuba makanan Korea, anda perlu ke Hwa Ga! Mesti ramai yang nak cuba makanan Korea tapi tak boleh sebab tak halal kan? Hwa Ga takde sijil halal sebab mereka mempunyai alkohol dalam menu tetapi mereka tidak mempunyai sebarang makanan yang mempunyai babi dalam menu mereka. Mungkin ada yang masih tak percaya kan? Kalau tak percaya, tak perlu lah nak jadi keyboard warrior, cukup setakat tak pergi kedai tu je sebab tak yakin. Jika ada yang memang nak cuba, nak cakap je la, makanan kat sini sangat sedap dan berbaloi! Boleh refill ayam dan side dishes sampai kenyang!
Alamat:
No2, Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana
4. RKM Kak Mie Steamboat Seri Kembangan
Buffet steamboat mana yang murah macam ni!! Bukan je steamboat, ada makanan sedia masak juga!! Tempat ni memang sesuai untuk yang nak berbajet tapi nak makan buffet juga. Rambang mata tengok seafood yang ada dalam kedai ni. Dengar kata dulu kedai ni RM20 je kalau nak makan buffet tapi dah naik sebab ramai yang membazir makanan, sesiapa yang merancang nak pergi tu, pastikan anda tak membazir makanan tau!
Alamat:
C-G-01 Streetmall One South,
Jln Os Seksyen 6,
Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
5. Zainab Cafe
Yang terakhir dalam senarai ini adalah buffet yang paling murah sekali! RM20 untuk buffet berbuka! Tau tak Zainab Cafe ni? Cafe ni agak famous sejak tahun lalu sebab hiasan dalam yang cantik dan makanan yang sedap. Maaf kalau gambar di atas buat anda terliur, kalau tengok gambar je dah terliur macamana pula jika anda di sana? Ni tanda anda perlu pergi buffet ni!
Alamat:
58, Jalan 1/14,
Pj Old Town,
46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
One thought on “Senarai Buffet Ramadhan 2017 Dalam Bajet dan Murah di Malaysia”
Comments are closed.