untitled-design-40
Bahasa

Senarai Sinetron Popular di Malaysia

Siapa yang dulu selalu duduk depan TV lepas tu tunggu sinetron Indonesia dimainkan? Lepas tu habis satu sinetron, lagi satu sinetron akan dimainkan… Ni waktu kdrama tak popular sangat lagi dan TV3 dan Astro Ria banyak memainkan sinetron yang popular di Indonesia.

1. Bawang putih bawang merah

Mesti ramai yang ingat sinetron ni kan? Ini adalah sinetron yang amat popular pada masa dulu dan akan menjadi bualan orang ramai. Siapa yang dulu memang benci dengan bawang merah sebab terlalu jahat?

2. Malin Kundang

Siapa yang minat Malin Kundang dulu? Percaya atau tidak, saya kenal seseorang yang masih ingat Malin Kundang dan boleh menyanyi lagu tema Malin Kundang!

3. Olivia

Ada tak yang ingat sinetron Olivia ni? Sinetron ni mengenai seorang perempuan tomboy yang suka dengan seorang rakan dia dan perempuan ini menjadi feminin? Betul ke, ke salah?

4. Nada Cinta

Sinetron musikal yang popular pada masa dulu.. Hampir macam high school musical hahaha. Siapa yang tengok sinetron ni sebab Randy Pangalila?

5. Benci Bilang Cinta

Siapa yang tengok sinetron ni dulu ingat tak sinetron ni memang lawak gila? Sama dengan tajuk sinetron ini, Winda dengan Dimas terpaksa berkahwin dan bercinta selepas berkahwin.

6. Upik Abu & Laura

Siapa yang ingat Cinta Laura dan lagu “You say Aku.” Dulu satu sekolah tahu lagu You say Aku ni dan mesti banyak yang akan menyanyi lagu ni.

7. Sejuta Cinta Marshanda

Sejuta Cinta Marshanda ni popular sebab banyak lelaki handsome kan? Hahaha tak  lah, gurau je! Cerita ni memang banyak konflik yang menyebabkan dia popular.

8. Kejora dan Bintang

Kejora dan Bintang adalah salah satu sinetron yang  lebih fokus dengan hubungan kakak dan adik serta kasih sayang diantara mereka berbanding dengan sinetron yang lain. Ingat lagi masa tengok sinetron ni dulu, sentiasa tertanya-tanya apa yang akan berlaku di episod yang akan datang.

9. Jelita

Ingat tak sinetron ni? Pelakon utama Agnes Monica dan lagu yang memang popular disebabkan oleh sinetron ini, Matahariku. Siapa yang masih ingat Matahariku tapi dah lupa sinetron Jelita?

10. Cinta Kirana

Cinta Kirana ni popular selepas Bawang Merah Bawang Putih. Tambah lagi dengan pelakon utama Nia Ramadhani dan Randy Pangalila… Cerita dia pun best dan mengejutkan!

Ini lah 10 sinetron yang menarik pada masa dulu dan masih dalam ingatan orang ramai. Siapa yang ada link untuk semua sinetron ni, tolong share please! Nak tengok juga!

Valerie
Don't touch me