untitled-design-65
Bahasa

Soalan Mak Cik, Pak Cik & Saudara Mara Akan Tanya Di Hari Raya

Macamana hari raya korang? Best tak pegi rumah saudara mara, jumpa mak cik pak cik anak buah mak ngan pak ngah dan ramai lagi? Selalunya hari raya ni la masa semua saudara mara akan berjumpa dan ini lah masa mak cik mak cik, pak cik menanya soalan dan mencari gossip kan? Ada tak saudara mara yang akan tanya soalan yang sama setiap kali korang balik kampung? Ke ada yang tak nak jawab soalan jadi korang sibuk main handphone je, tengok Twitter, tengok Facebook atau Instagram? Ni soalan yang korang selalu dengar kan??

1. Umur

“Eh, dah besar la awak ni.” “Sekarang dah masuk tingkatan berapa?” “Dah SPM ke?” “Hari tu nampak kecil lagi, sekarang dah besar dah.”

Setiap tahun kot tanya soalan yang sama. Tapi memang setiap tahun pun kita membesarkan? Patutnya saya cakap eh aah mak cik tahun ni saya membesar lagi, tahun ni pun mak cik tua setahun kan! Gurau je! Jangan jawab macam ni, nanti adalah yang jadi gossip keluarga.

2. Universiti

Mak cik A: Dah masuk universiti ke?
Saya: Dah masuk uni. Baru semester 1 mak cik.
Mak cik A: Masuk uni mana ni? Private universiti ke?
Saya: Eh tak lah, masuk UiTM je mak cik. Ambil course masscomm kat Melaka.
Mak cik B: Oh ye ke, anak mak cik dapat biasiswa JPA Engineering, sekarang kat Taylor’s. Nanti nak gi Jepun.
Mak cik A: Pandai nya anak awak dapat biasiswa JPA! Anak saya kat UM je.
Saya: Oh ye ke……

3. Kahwin

“Cantiknya awak ni, baju ni beli kat mana? Jahit kat mana ni, Shah Alam ke?” “Dah cantik macam ni, bila nak kahwin ni? Ni masa yang sesuai untuk kahwin!” “Nanti kalau nak kahwin jangan kahwin orang Kelantan. Cari orang Melaka juga.” “Mak cik ada calon yang sesuai ni.”

4. Saiz

Dah besar dah dia ni! Tahun lalu kurus je! Sekarang pipi dah gemuk, dah ada boyfriend ke ni? Tu la badan naik kan sebab bahagia?

Apa kaitan badan naik dengan bahagia? Kalau bukan badan naik, kena cakap badan dah turun lepas tu kena banyak lebih banyak. Ke kena cakap sakit….. Hmmm….. Sebenarnya badan tak naik atau turun pun.

5. Makanan

Selalu kalau tengah ambil makanan tu akan ada mak cik yang cakap eh ambil lah lagi, tu je ke? Sikit je tu, ambil la lagi. Sedap tau makanan ni. Ke ambil biskut ni? Suka tak suka kita cakap je la, okay mak cik.

Kita ni yang sebenarnya memang tak sabar nak makan tapi nak jaga badan. Tak jadi kot harapan nak jaga badan di hari raya ni. Tambah lagi bila semua makanan nampak sedap sangat… Lemang.. Rendang… Satay…. Nak pesan juga, siapa yang memang suka makan tu pakai seluar getah supaya boleh muat lebih banyak makanan!

6. Duit Raya

Siapa yang bertuah kat sini dah masih dapat duit raya? Dah dapat duit raya lepas tu buat muka terkejut eh saya masih dapat duit raya ke? Terima kasih mak cik, pak cik. Tapi ada yang tengok korang dah besar lepas tu cakap eh ni dah besar takyah lah bagi duit raya kan.

Tapi sebenarnya tak kisah pun sebab dapat makanan sedap, dah puas hati dah. Kalau dapat duit raya tu bonus la. Boleh la nak bodek mereka jika nak dapat duit raya dengan tips ini.

 

Valerie
Don't touch me