Eataliano 3
Bahasa

10 Tempat Lepak Wajib Kalau Belajar Di Pulau Pinang

Bosan lepas kelas? Terlalu banyak masa lapang antara kelas? Atau ingin melakukan aktiviti seperti cafe hopping bersama kawan-kawan? Di sini lah tempat-tempat yang salah satu krew kami dari HostelHunting.com memang suka pergi dan kami pasti senarai ini akan menggoda anda! Ni tempat yang anda perlu pergi apabila di Pulau Pinang!

  1. Hammock Café, Lorong Macallister

Kafe ini memang sangat chill. Suasana dalam kafe sangat tenang dan terasa macam berada di rumah sendiri. Kalau ingin relaks atau buat ulang kaji sebarangan, tempat ini memang sesuai. Makanan di kafe ini pun sedap! Kafe ini dipenuhi buaian yang agak menyenorokkan.

02cafe 21729827485_74cbeeffb9_b

  1. Persiaran Gurney

Kalau inginkan sedikit masa untuk bersendirian atau ingin menikmati angin dari pantai, bolehlah ke sini. Pada waktu pagi, mungkin agak panas sikit tapi terdapat banyak orang-orang muda yang akan bersenam dan berjoging disekitar Persiaran Gurney. Pada waktu malam pula, terdapat banyak gerai penjaja makanan dan minuman akan dibuka. Sesuailah juga kalau ada bersama kawan-kawan!

Gurney Drive 2 Gurney Drive 3

  1. K.Pot, Prima Tanjung

Berminat sangat dengan Korea? Jomlah ke K.Pot! Makanan sini sedap dan suasana di dalam sangat mengenangkan. Pemilik restaurant ini dari Korea dan makanan yang dihidangkan dimasak oleh keluarganya. Makananya tidak lah mahal sangat, kalau datang dengan kawan ramai, memang tak rugi.

K.Pot

  1. Crepe Cottage, Persiaran Gurney

Walaupun tempat ini nampak kecil, saiz hidangan makanannya sangat besar! Tempat ini paling sesuai jika anda teringin makan makanan yang manis dan sejuk. Kalau inginkan suasana yang cerah dan meriah, memang tempay inilah yang patut anda kunjungi.

crepe cottage

  1. Macallum Connoisseurs, Gat Lebuh Macallum

Kafe ini adalah bekas tempat gudang pada zaman dulu-duluan. Sekarang sudah dikemaskini dan dipercantikkan, supaya boleh jadi kafe yang cantik dan berkelas. Di suasana yang bersih dan cerah, anda boleh makan makanan yang lazat sambil berulang kaji di kafe ini. Bawalah kawan-kawan anda sekali, mesti syok!

Macallum Connoisseurs

Macallum Connoisseurs 2

  1. Persiaran Karpal Singh

Persiaran Karpal Singh tercantik pada waktu malam. Lampu-lampu yang cerah akan menyinarkan hari anda. Di sini ramai kanak-kanak dan orang dewasa bermain kasut roda, papan selaju dan berbasikal. Memang sesuai jika anda ingin bersenam. Sama seperti Persiaran Gurney, pada waktu malam, terdapat banyak gerai penjaja makanan dan minuman akan dibuka tetapi di sini pada waktu pagi juga ada. Jadi, bolehlah anda datang pada bila-bila masa!

Karpal Singh 2

  1. Straits Quay

Pada malam yang indah, Laut Andaman menjadi latar belakang anda dan bintang-bintang yang berkenyitan berada atas di langit yang gelap. Straits Quay menjadi tempat tercantik pada waktu malam. Di sini terdapat juga tempat membeli-belah dan makan-makan. Kalau anda mencari masa untuk bersendirian kerana ingin memikirkan sesuatu penting masak-masak, di sinilah destinasinya.

  1. Queensbay Mall

Pulau Jerujak dan Jambatan Pulau Pinang menjadi pandangan yang mengharukan kepada orang-orang yang berlaluan di situ. Kalau anda rasa seperti ingin rileks atau saja nak berlepak, bolehlah ke sini. Di sini ada juga pusat membeli-belah yang terbesar di Pulau Pinang.

  1. Eataliano Café, Jalan Burma

    Eataliano 2 Eataliano 3 Eataliano

Kafe ini memenuhi segala hasrat seorang pelajar kolej atau university kerana perabot, hiasan dalaman dan suasana dalam kafe ini sangat mengenangkan. Lebih-lebih lagi, makanan yang dihidangkan memang sedap sekali. Kalau datang dengan kawan-kawan, dapatlah rasa hidangan makanan yang berlain-lainan. Ramai pelajar dari kolej yang berdekatan datang ke kafe ini hanya untuk melepak, jadi dapat juga anda mencari kawan baru!

  1. Huey&Wah @ The Marshmallow, Lorong Bellisa

    Huey & Wah Huey & Wah 2

Kalau anda mengidamkan makanan yang panas pada hari yang sejuk, di sinilah tempat yang anda patut berada! Kalau anda mengidamkan makan gula-gula lembut pula dan terutamanya marshmallow, Huey&Wah kafe membuat marshmallow sendiri! Dalam kafe ini, perhiasannya sangat mengenagkan dan anda boleh duduk di tingkat atas dan membaca buku, di situ terdapat sudut bacaan. Macam best, kan?

Tempat-tempat ini macam best lah pulak, kan? Kalau berpeluang, singgahlah ke tempat-tempat ini. Sebelum itu, pernahkah anda mendapati kesusahan apabila ingin mencari bilik menyewa? Cara yang paling selamat dan mudah sekali adalah servis HostelHunting.com. Cuba lah!

Zuzanna Ch
World traveller, but with the heart stuck in Malaysia.

Leave a Reply