Dulu kalau nak cari rumah atau bilik sewa kita sering bergantung kepada iklan yang tertampal di sekeliling kampus, tak pun, harapkan bertanya pada kawan-kawan atau senior kita kan? Tapi sejak zaman internet dah maju , kita boleh dapatkan macam-macam jenis bilik sewa, semuanya hanya di hujung jari! Tinggal nak klik je! Haa, cakaplah nak bilik macam mana, kecik, besar, simple atau eksklusif, semuanya boleh dapatkan di internet! Apa kata kita lihat senarai 30 hostel di Malaysia di bawah, anda pasti tak sangka memang ada hostel begini untuk students macam kita!
1.Bandar Sunway
Ridzuan Condominium Block A
Rumah kondo ini lengkap dihiasi dengan perabot bergayakan modern contemporary, dengan ruang tamu bertemakan merah putih, dan berlantaikan kayu… Rumah ini memang berjaya menarik kebanyakan pelajar kerana sangat style dengan harga kemampuan pelajar! Antara kolej-kolej yang berdekatan: Taylor’s Lakeside, Sunway University, Monash University dan lain lain
2.Bandar Sunway
Ridzuan Condominium Block B
Sunway Ridzuan PJS 10 terletak bersebelahan dengan taman. Di dalam bangunan boleh didapati kedia runcit, sekuriti 24 jam (yep, penting tu, terutama for you girls!), dan terdapat restoran Melayu dan Cafe berdekatan, kawasan yang sangat sesuai untuk para pelajar!
Antara kolej-kolej terdekat: Taylor’s Lakeside, Sunway University, Monash University
3.Shah Alam
Prima U1 Condominum, Glenmarie, tuan rumahnya sangat mementingkan suasana yang selasa buat para pelajar. Lengkap dengan perabot yang tersusun dengan kemas supaya setiap ruang tetap luas. Tuan rumahnya sangat seorang yang peramah, jadi senang untuk pelajar bertanyakan segala jenis info tentang kawasan tersebut!
Antara kolej-kolej yang berdekatan : KDU University College
4.Subang Bestari
Damai Apartment, Subang 2
Dilengkapi dengan perabot-perabot keperluan asas seorang pelajar dan terletak hanya 8 minit jarak perjalanan pejalan kaki dengan kampus HELP University. Sesuai bagi pelajar yang lebih gemar berjalan kaki ke
Antara kolej-kolej yang terdekat : HELP University Subang 2 Campus
5.Subang Bestari
Lokasi hostel ini terletak di tingkat atas sebuah rumah kedai di Subang Bestari / Subang 2 , tuan rumahnya sangat terbuka orangnya dan boleh digelar dengan panggilan mesra sebagai Uncle Joseph. Bilik tidur di sini dihiasi dengan gaya ala-ala London style, sangat simple dan moden! Dengan bilik yang dilengkapi dengan tingkap yang luas, ruang tidur anda
Antara kolej-kolej yang terdekat: HELP University Subang 2 Campus
6.Utropolis Glenmarie (Shah Alam)
Bilik ini dihiasi dengan gaya berasaskan tema warna kayu, tekstur lantai kayu memberi kesan yang sangat positif terhadap psikologi anda secara tidak sedar atau subconscious kerana aura semulajadi dapat menenangkan aktiviti minda anda! Anda mungkin tidak perasan, perkara-perkara kecil ini sebenarnya mampu mengurangkan stress apabila anda baru pulang dari kelas setiap hari… Dan yang penting sekali, jarak perjalanan dari lokasi bilik ini ke kampus hanya 3 – 5 minit!
Antara kolej-kolej terdekat: KDU University College
7.Cyberjaya
Garden Plaza, Cyberjaya Mah Sing Group ada salah satu industrinya. Garden Plaza merupakan kawasan yang dikelilingi oleh rumput hijau yang dikelilingi oleh pokok-pokok, ia boleh dikatakan sebagai pemandangan yang sangat nyaman~
Antara kolej-kolej yang terdekat: Limkokwing University, MMU University
8. Utropolis Glenmarie ( Shah Alam)
Utropolis Glenmarie Facilities, terkenal dikalangan pelajar dengan perabot dan perkakas yang modern – simple, chic, dan selesa!
Antara kolej-kolej yang terdekat: KDU University College, Management and Science University (MSU) dan Taylor’s University.
9.Subang Jaya SS15
Rumah Kedai Subang Jaya SS15 – Tingkat Atas
Uniknya bilik ini, ia dilengkapi dengan ruang katil serupa gaya tatami Jepun, dan dinding yang dicat dengan warna yang menyejukkan suasana dalam bilik serta tingkap yang luas bersama blinds curtain yang menghalang cahaya matahari yang terik pada waktu siang, anda pasti sentiasa rasa nyaman sepanjang hari di dalam bilik.
Antara kolej-kolej yang berdekatan: INTI College, ALFA College, Kolej Taylor, Westminster College
10.Subang Jaya SS15
Juga Rumah Kedai di Subang Jaya SS15 di tingkat atas, Dihiasi dengan gaya tipikal American bersama lantai kayu, terdapat ruang tamu yang luas dilengkapi dengan meja makan, TV dan sofa, ruang yang perfect untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan anda!
Antara kolej-kolej yang berdekatan: INTI College, ALFA College, Kolej Taylor, Westminster College
11.Kota Damansara
Bilik ini terletak di Kota Damansara Purple series hostel. Katil yang disediakan adalah katil bertingkat di mana ruang di bawah katil telah disediakan rak buku dan shelf dan meja study style L bersama lampu meja ( sesuai buat pelajar yang sering multi-task dengan pelbagai assignment serentak, atau buat mereka yang memang jenis perlukan ruang meja yang luas untuk buat kerja~).
Antara kolej-kolej yang berdekatan: SEGI University College
12.Subang Jaya SS15
Rajawali Condominium Studio ala-ala hostel. Terletak hanya diluar pagar INTI College. Dengan banyak kedai-kedai berdekatan, anda dan kawan-kawan yang tinggal di sini juga tak perlu risau tentang kelaparan tengah-tengah malam~
Antara kolej-kolej yang terdekat: INTI College, ALFA College, Kolej Taylor, Westminster College
13.Kuala Lumpur
Sekali pandang anda pasti ingat hostel ini adalah sebuah kafe, kerana konsep hostel ini adalah untuk mengutamakan ruang bekerja / study yang kondusif dan elegant. Hostel ini menyediakan ruang yang luas dan selesa bagi pelajar yang nak membuat group assignment atau mereka yang perlukan ruang untuk perbincangan… Hostel ini ternyata sesuai buat para pelajar mahupun orang dewasa yang dah bekerja…
14.Sungai Long
Hostel ini pula terletak di tingkat atas sebuah rumah kedai dan diuruskan oleh orang dari Hong Kong. Untuk pengetahuan anda orang dari Hong Kong ni sudah biasa dengan suasana yang sesak dan sibuk … Jadi tuan rumah ini terapkan konsep design rumah yang padat namun masih selesa dan modern…
Antara kolej-kolej yang berdekatam: UTAR Sg Long Campus.
15. Subang Jaya
Tuan rumah telah hias bilik-bilik di sini dengan konsep simple, selesa, nyaman dan terasa luas… Biliknya dilengkapi dengan almari yang besar dan meja study yang luas.
Antara kolej-kolej yang berdekatan:
Westminster International College, Taylor’s College: Canadian Pre-University
16.Cyberjaya
Keadaan persekitarannya sangat luas dan nyaman, dengan setiap ruang lengkap dengan perabot keperluan asas bagi seorang pelajar, dan bilik-bilik disini banyak menjadi pilihan pelajar MMU kerana lokasinya terletak hanya di luar kampus tersebut…
Kolej-kolej berdekatan: Multimedia University and LimKokWing University of Creative Technology
17. Ara Damansara
Lokasi bilik ini terletak berhampiran dengan Citta Mall dan semua kemudahan bilik mencukupi. Setiap ruang tiga dewan mencukupi. Di tingkat atas boleh didapat kolam renang landskap yang cantik. Disekeliling kawasan tersebut juga boleh didapati pelbagai pilihan restoran…
18.Serdang
Univ360 Place terletak di dalam kawasan pembangunan Serdang. Disekeliling kawasannya terdapat pelbagai kedai, restoran, bank dan klinik. Hanya 5 minit jarak perjalanan kereta atau 30 minit jarak berjalan kaki untuk ke kampus UPM. IOI City Mall dan The Mines adalah antara pusat membeli-belah yang terdekat.
Kolej-kolej yang berdekatan : Universiti Putra Malaysia UPM dan Kolej SEGi.
19.Cyberjaya
Bilik ini dihiasi dengan warna-warna santai dan ceria, berlantaikan kayu dan perabot asas yang lengkap.
Antara kolej-kolej yang berdekatan: Multimedia University MMU, Cyberjaya University College of Medical Sciences CUCMS
20.Wangsa Maju
Kuarters kediaman di Wangsa Maju ini menjadi salah satu tumpuan and pilihan popular bagi pelajar-pelajar kolej TARC dan MIA…
Dengan ruang untuk perbincangan atau berkumpul yang luas dan selesa dan ruang bilik tidur yang dihiasi dengan gaya chic.
Antara kolej-kolej yang berdekatan: Tunku Abdul Rahman University College TARC
21.Kelana Jaya
Idea-idea reka bentuk hostel ini datang dari konsep ruang peribadi sendiri atau private space yang mencukupi. Pemilik rumah tidak mahu menjejaskan sewa anda dan pengalaman penyewa. pada masa yang sama,
Tuan rumah juga bekerja keras bagi memastikan pelajar berasa:
(A) Carefree atau ceria- pelajar melalui suasana yang ceria walaupun masih sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar.
(B) Selesa ibarat di rumah sendiri – tuan rumah hendak menyediakan ruang yang paling selesa buat para pelajar.
(C) Memori – tuan rumah mahu memastikan para pelajar dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan dan penuh dengan kejutan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar
22.Subang Jaya SS15
Loft @ Subang merupakan hostel yang berkonsepkan minimalistic, simple dan modern tetapi masih memberi susasana yang selesa dan ekslusif. Bilik telah diatur supaya setiap ruang tidak terbazir dan berguna, direka bentuk berkonsepkan compact tetapi masih kekalkan supaya pelajar berasa selesa…
Antara kolej- kolej yang berdekatan: Taylor’s College, INTI International College, Westminster International College, ALFA International College.