puasa
Bahasa

Tips untuk menjaga kesihatan dalam Bulan Ramadhan

Berpuasa dalam bulan Ramadhan memberi peluang untuk memahami bagaimana untuk mendisiplinkan diri, mengawal nafsu keinginan dan juga melakukan perbuatan amal pada bulan yang mulia ini. Tahukah anda kenapa anda berpuasa? Waktu berpuasa ni anda jangan lupa untuk menjaga kesihatan! Ni tips untuk menjaga kesihatan dalam bulan Ramadhan.

Berikut adalah antara panduan –panduan untuk menjaga kesihatan badan,

1. Bersahur dengan makanan yang berkhasiat

Healthy Food Pyramid

Sahur adalah untuk menyediakan badan bersiap sedia untuk berpuasa. Makanlah makanan yang berkhasiat dengan sederhana tetapi mencukupi supaya dapat memberi tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Contohnya, makanlah makanan yang mengandungi karbohidrat yang kompleks seperti ‘wholegrain pita’, ‘tortilla’ dan ‘oat’.

Anda disarankan memakan sayur-sayuran ketika bersahur kerana ia dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan rasa lapar dan juga baik untuk kesihatan anda. Selain itu, lebihkan makanan seperti telur dan sayur . Anda memerlukan sayuran dan protin sebagai pembekal tenaga anda.

Anda boleh makan telur dan salad bersama roti tortilla ataupun roti bakar, yang disapukan mayonis ataupun mentega. Ando juga boleh kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu ‘protein smoothie’ yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, manga, kacang dan juga avocado. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi.

2. Berbuka puasa dengan kurma

Date-Fruit-Tropical-Climate-Food-East_Medium

 

Anda pasti tertanya kenapa berbuka puasa dengan buah kurma? Buah kurma bukan sahaja penuh dengan sumber tenaga, vitamin, mineral malah dapat membantu mengelakkan sembelit. Buah kurma merupakan makanan yang digalakan untuk berbuka puasa. Makanan yang begitu mudah kita temui pada bulan Ramadhan ini akan memberikan tenaga ketika berbuka setelah berpuasa seharian.

Rasa yang manis akan memberikan kenikmatan pada saat ia disantap pertama kali ketika buka puasa. Selain itu, buah kurma juga akan membuat perut terasa kenyang dengan lebih cepat. Dengan itu, kita dapat mengawal dan mengelak memakan dengan berlebihan semasa berbuka puasa.

3. Pastikan anda tidur dengan cukup

Homer-Simpson-Sleeping

 

Dengan perubahan jadual kerja dan sekolah pada bulan Ramadhan ini. badan kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Oleh sebab itu, tidur yang cukup adalah amat penting. Masa istirahat atau masa tidur yang mencukupi semasa menjalankan puasa memerlukan persiapan yang khusus.

Pastikan anda menyediakan menu sahur dengan lebih awal supaya tidak perlu memasaknya tetapi hanya perlu memperhangatkannya apabila bangun pagi untuk makan sahur. Pilih menu yang dapat disediakan denagn cepat namun sihat misalnya oatmeal, susu dan buah. Proses untuk menyiapkannya sangat mudah. Ia akan membantu anda menjimatkan masa dan memperolehi masa tidur yang mencukupi semasa berpuasa.

Gangguan dan kurang masa tidur boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, kita perlu pastikan yang kita memperolehi masa tidur yang cukup dan tidak terganggu demi menjaga lesihatan kita.

4. Bersenam

635885018964504875-273975998_Balance-Diet-and-Exercise

 

Ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memulakan perjalanan kecergasan fizikal. Bersenam pada bulan ramadhan mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk meningkatkan metabolisme anda. Anda boleh memilih untuk melakukan latihan sebelum atau selepas berbuka puasa dan perlu melakukan senaman intensiti yang rendah untuk mengekalkan kesihatan anda secara keseluruhan dan mengelakkan pertambahan berat badan.

Berdepan dengan cabaran tanpa makan dan minum hampir 14 jam sudah pun begitu mencabar ketahanan apatah lagi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Asalkan tubuh menerima hidangan sebelum bersenam dan dicaj semula dengan hidangan pasca-senaman, senaman berat boleh dilakukan.

 

 

Zuzanna Ch
World traveller, but with the heart stuck in Malaysia.

Leave a Reply