untitled-design-68
Bahasa

Tanesh Berkongsi Rahsia Untuk Menjadi Youtuber Yang Popular!

Anda mungkin pernah melihat video dia, sekali atau pun beberapa kali. Seorang yang peramah dan suka membuat video yang lucu untuk membuat orang ramai gelak ketawa. Bulan lalu, Tanesh Vijayagomaran (lebih dikenali sebagai Taneshh) telah membuat video baru untuk meraikan Father’s Day. Tekan di sini untuk melihat video daripada Tanesh!

Anda boleh melihat video daripada Tanesh melalui Facebook beliau. Tanesh juga mempunyai DUA (2) akaun Youtube, akaun utama dikenali sebagai Taneshh dan akaun yang kedua adalah TaneshhVlogs. Akaun utama digunakan untuk memuat naik video lawak manakala akaun kedua digunakan untuk memuat naik video harian.

Sesiapa Pun Boleh Menjadi Youtuber

Itu apa yang Tanesh cakap! Kami telah menyoal beliau apa yang mendorong beliau untuk menjadi seorang Youtuber dan beliau kata, “Saya suka untuk membuat sesuatu, saya ingin membuat sesuatu dan saya ingin membuat sesuatu berlaku. Sesiapa pun boleh menjadi seorang Youtuber jika itu adalah apa yang anda lakukan dan ingin menjadi.” Ini adalah inspirasi Tanesh untuk membuat video. Ia adalah normal untuk seseorang menjawab “Saya suka membuat mereka ketawa” apabila anda menanya soalan yang sama. Bagi Tanesh, ia adalah benar.

image3

Kenapa Anda Memilih Untuk Menjadi Youtuber?

“Saya mempunyai sebab yang agak mementingkan diri sendiri dan ia adalah untuk membuat diri saya gembira. Ini adalah satu bonus bagi saya,  apabila mereka melihat video saya, ia membuat mereka ketawa atau tersenyum. Saya amat berterima kasih dengan peminat saya kerana sokongan mereka.”

image1image6

Soalannya, bagaimana dia berjaya menjadi salah seorang “content creator” yang termuda di Malaysia? Tanesh kata beliau tidak boleh melakukannya tanpa sokong kedua ibubapanya dan rakan-rakan. Kepada semua pemuda di luar sana yang ingin menjadi Youtuber ataupun pelakon, pereka hiasan dalaman atau doktor gigi, buat apa yang ANDA ingin lakukan sebab anda perlu menyukai apa anda lakukan untuk mendapatkan yang terbaik untuk anda.

with-tanesh
Tanesh with one of our crew members!

Jangan lupa untuk menonton video mingguan kami! Ada Tanesh tau! Tengok vlog Tanesh juga untuk melihat apa yang berlaku semasa rakaman video!

Valerie
Don't touch me