untitled-design-38
Bahasa

Tips Fesyen Untuk Pelajar di Universiti!

Mesti ramai pelajar yang tengah study di universiti pening nak pakai apa kan? Asyik pakai benda yang sama je, nak juga tukar style sekali sekala. Ni adalah serba sedikit pakaian yang anda boleh gayakan di universiti, sesuai dengan cuaca yang panas dan keadaan kelas yang sejuk. Sesuai juga dengan peraturan yang ada dalam universiti.

1. Seluar

Jeans
Untitled #25
Ni antara seluar yang sesuai untuk digayakan di universiti, anda boleh menggunakan seluar jeans tapi jangan terlalu ketat! Jika nak mencuba nasib, boleh gayakan dengan baju yang panjang dan labuh. Untuk jeans yang selamat, anda boleh menggunakan jeans seperti “mum’s jeans” yang agak popular baru-baru ini tetapi tidak semua orang sesuai dengan potang mum’s jeans ni. Bagi yang ingin nampak feminin tapi malas nak menggayakan skirt, anda boleh mencuba seluar seperti palazzo yang kelihatan seperti skirt tetapi sebenarnya seluar. Seluar macam ni pun lebih selesa daripada skirt tetapi masih nampak ayu!

2. Skirt

Long Skirt

Sebenarnya ramai yang tak suka pakai skirt kat universiti ni. Alasannya sebab leceh nak jalan dengan skirt, jika tak nak leceh, pilih skirt yang ringan dan nipis! Tapi jangan terlalu nipis sehingga nampak aurat tau! Ha, budak2 UiTM nanti korang kena saman RM50 tau jika korang pakai skirt yang nipis! Untuk universiti lain tak pasti pula jika korang boleh pakai macam ni tapi jika dah bosan dengan skirt hitam ataupun baju kurung, anda boleh cuba untuk menggayakan skirt seperti ini! Nampak classy dan sesuai untuk ootd anda!

3. Baju

Untitled #26
Siapa yang dah bosan pakai T-shirt gi kelas? Anda juga boleh memakai kemeja ataupun blouse ke kelas, jika nak nampak casual anda boleh gayakan dengan seluar jeans dan sneaker ataupun sandal dan jika anda mempunyai presentation, cuba gayakan blouse dengan seluar slack ataupun skirt. Seeloknya dapatkan baju berlengan panjang dan bukannya sehingga siku sahaja, baju berlengan panjang ni lebih selamat di universiti walaupun agak panas! Jangan takut untuk mendapatkan baju dalam warna yang terang, warna seperti biru dan merah akan membuat anda kelihatan yakin dan ceria semasa presentation! Lecturer pun akan lebih fokus sebab baju anda terang sangat hahaha!

4. Jaket

Untitled #28

 

Jaket ataupun kardigan sesuai digunakan jika anda ingin menggunakan baju berlengan pendek tetapi universiti anda tidak membenar baju berlengan pendek! Ataupun jika kelas anda sangat sangat sejuk! Bomber jaket, kimono kardigan dan jaket denim adalah jaket yang anda akan selalu nampak di universiti, mungkin sebab banyak pelajar yang malas nak pilih T-shirt jadi mereka pakai je jaket ataupun kardigan. Untuk blazer ni, tunggu je la minggu presentation, mesti ramai yang akan menggunakan blazer untuk presentation hahaha, siapa yang takde blazer tu boleh la pinjam blazer kawan (kebaikan duduk dalam kolej dan dengan rakan-rakan!)

5. Kasut

Untitled #29

 

Nak cakap pasal kasut pula kali ni, bagi pendapat saya lebih baik dapatkan kasut sukan ataupun balet flat sahaja! Sebab selalunya kat universiti ni banyak berjalan dan kasut tumit tinggi atau high heel tak digunakan dan tidak sesuai sangat. Lagipun yang penting selalunya kasut perlu bertutup di universiti (ikut universiti anda la), sama seperti sewaktu kerja nanti. Dapat juga berjimat bila nak kerja nanti, tak perlu nak beli kasut baru!

6. Beg

Untitled #30

Dapatkan beg yang besar untuk universiti! Jika tak nak beli beg baru, guna je beg laptop anda tapi siapa yang nak dapatkan beg khas untuk universiti, dapatkan beg yang boleh memuatkan buku-buku anda! Ataupun buku nota anda.. Janganlah malas sangat sampai tak nak bawa apa-apa gi kelas, kesian lecturer korang (kecuali jika lecturer korang but tak bawa apa-apa masuk kelas! Tapi jarang kot dapat lecturer macam ni!) Jika tak nak membeli beg baru, anda boleh je bawa buku anda, angkat je la tapi siapa yang ada buku teks yang tebal lepas tu 3 subjek sehari……. Faham-faham je la.

 

Tu je la tips untuk bergaya di universiti! Jika anda ada tips lain, komen kat Facebook dan kongsilah tips anda dengan kami dan kawan-kawan yang lain!

 

Valerie
Don't touch me